Lagu rasmi Malaysia Madani dinyanyikan oleh Bunkface untuk kali pertama

Lagu rasmi Malaysia Madani dinyanyikan oleh Bunkface untuk kali pertama

Kumpulan Bunkface mempersembahkan lagu rasmi Malaysia Madani buat kali pertama dalam program dialog anak muda Temu Anwar di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur hari ini.

Menurut laporan Astro Awani, lagu berdurasi dua minit empat saat itu dinyanyikan di hadapan lebih kurang 8,000 peserta dalam kalangan belia yang menyertai program tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan menghadiri program berkenaan dikendalikan oleh pelakon popular, Amelia Henderson.

Sementara itu, Anwar menerusi sebuah hantaran di laman Facebook menyeru orang ramai menghayati lagu Malaysia Madani supaya dapat menyelami setiap nilai dalam gagasan yang diperkenalkan oleh beliau.

“Dengan rentak kita satukan semangat rakyat. Dengan nada kita padukan seluruh suara.
“Dengarkan dan hayati lagu rasmi #MalaysiaMADANI penuh bertenaga dari Bunkface agar setiap nilai #MalaysiaMADANI subur dalam jiwa seluruh anak bangsa,” katanya.

Terdahulu, Anwar mengumumkan Malaysia MADANI sebagai kerangka dasar bagi memartabatkan semula negara sebagai negara makmur berteraskan enam tonggak utama KeMampanan, KesejAhteraan, Daya cipta, HormAt, KeyakiN