“Lain ko tulis, tanggunglah dosa” – Hattan tegur ‘headline’ portal berita terkenal?

“Lain ko tulis, tanggunglah dosa” – Hattan tegur ‘headline’ portal berita terkenal?

 

Sejak menyelar wartawan secara siaran langsung sewaktu ditemubual mengenai pemergian Mael XPDC, nama penyanyi veteran Datuk Hattan menjadi sasaran kecaman warganet kerana dianggap tidak profesional serta biadab.

Setelah sekian lama mendiamkan diri, sebuah portal terkenal memuat naik kenyataan Hattan melalui satu artikel setelah selesai menemubualnya dan headline yang diletak seperti mendakwa penyanyi itu tetap dapat job biarpun diselumbungi dengan kontroversi.

datuk hattan selar portal terkenal

Terbaharu, Hattan tampil bersuara mengenai headline yang ditulis oleh portal tersebut dan menganggap mereka kejam memutar belitkan kenyataannya.

Bahkan, penyanyi tersebut turut berkata dia tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian.

datuk hattan selar portal terkenal

Kesal dengan hal yang sudah berlaku, penyanyi berumur 59 tahun itu berkata pihak portal terkenal itu perlu menanggung dosa kerana menimbulkan fitnah.

Sebelum ini, isteri kepada Datuk Hattan iaitu Datin Arianie Abidin membuat pendedahan bahawa suaminya bukan saja dikecam netizen, malah dapat ugutan bunuh serta sihir susulan kontroversi menyelar pembaca berita Astro Awani itu.