Lakukan kelucahan melampau terhadap mak saudara, lelaki dipenjara 14 bulan

Lakukan kelucahan melampau terhadap mak saudara, lelaki dipenjara 14 bulan

Gara-gara bernafsu liar, seorang lelaki dihukum penjara 14 bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu kerana melakukan kelucahan melampau terhadap ibu saudaranya.

Majistret Nordiana Abd Aziz menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh yang berusia 27 tahun mengaku bersalah terhadap pertuduhan terbabit, lapor portal FMT semalam.

Mahkamah memerintahkan hukuman bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 20 Jan lalu.

Lelaki itu dituduh melakukan kelucahan melampau terhadap mangsa yang juga ibu saudaranya berusia 34 tahun, di sebuah rumah di Kuala Nerus pada 10.30 pagi, 19 Jan lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan berdepan hukuman penjara sehingga dua tahun jika sabit kesalahan.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hanis Nabihah Hizamul-Din, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.