Lakukan rutin senaman ini untuk dapatkan bentuk badan seperti Stephen Chow dalam ‘Kungfu Hustle’
Siapa saja yang tidak kenal dengan sosok badan bernama Stephen Chow, pelakon dari Hong Kong yang kini meraih status legenda dalam dunia perfileman antarabangsa.
Dikenali sebagai pelakon komedi yang bukan sahaja serba boleh malah mempunyai kehebatan menghasilkan filem komedi epik seperti ‘Shaolin Soccer’ dan ‘Kung Fu Hustle’.
Tidak keterlaluan juga untuk katakan filem-filem lamanya juga tidak pernah jemu untuk ditonton berulang kali seperti ‘Fight Back to School’, ‘From Beijing With Love’ dan banyak lagi.
Bagi peminat generasi lebih baharu pula pasti tidak dapat melupakan kemunculannya menerusi filem box-office, ‘Kungfu Hustle’.
Dan di antara perkara yang membuatkan ramai peminat dan penonton berasa kagum ialah transformasi fizikalnya yang tampil seperti pakar seni mempertahankan diri.
Bentuk badannya yang kurus namun mempunyai six-pack disebut-sebut ramai yang turut dibandingkan dengan Bruce Lee. Apakah rahsia Stephen Chow mendapatkan fizikal mantap seperti itu?
Terdapat beberapa cara boleh anda lakukan untuk dapatkan body sepertinya. Ikuti sahaja tip menarik dari Maskulin pada kali ini.
PUSH-UP
Senaman ini juga akan terus kekal relevan dan tidak lapuk ditelan zaman. Tahukah anda bahawa ia merupakan antara latihan berkesan dan terbukti membentuk otot lengan agar ia kuat dan bertenaga.
Corak kombinasi bebanan berat badan dengan rutin menaik dan menurunkan badan anda dalam posisi lurus sangat digalakkan. Anda boleh lakukan sebanyak 10 kali push up. Kemudian tingkatkan intensity dengan 20, 30, hinggalah 50 kali sehari bila badan mula selesa.
ARM CIRCLE
Dinaggap sebagai salah satu senaman asas, ia boleh dilakukan sebagai permulaan anda untuk anda mencapai impian. Caranya dengan mengaplikasikan rutin ini. Latihan membentuk otot lengan tidak semesti dengan mengangkat bebanan sahaja.
Anda boleh cuba berdiri secara tegak dan turut mendepakan tangan lurus ke sisi. Selepas itu pusing lengan membentuk huruf ‘O’ dengan putaran ke belakang. Ulang senaman putara ini di antara 10 hingga 20 kali dalam beberapa set. Untuk impak lebih besar anda juga boleh lakukannya dengan menggenggam dumbbell.
CONCENTRATION CURL
Senaman concentration curl merupakan sejenis latihan angkat berat atau beban. Jika kena cara ia tidaklah susah untuk dilakukan. Tekniknya harus duduk dan rentangkan kaki. Kemudian lengan anda diletakkan di depan paha. Perlahan-lahan angkat dumbbell mengikut jumlah rep yang anda sasarkan. Jika penat tukar lain untuk melakukan teknik sama. Ia bagi memastikan kestabilan postur tubuh anda.
PULL UP
Semudah ‘A’B’C’! Senaman yang boleh dilakukan dengan bergantung kepada palang datar, tegakkan tangan lurus dan selaras dengan bahu. Kemudian angkat tubuh ke atas hingga dada anda menyentuh palang tersebut. Bagi anda yang tidak biasa, lakukan secara perlahan dan angkat badan setinggi mungkin. Jika dilakukan setiap hari pasti anda berjaya mengangkat ke paras dada.
Semoga perkongsian ini mampu membantu anda sebaiknya.