Lali dihina, YB Steven anggap pembakar semangat untuk terus bantu insan teruskan hidup

Semalam bila saya berjumpa dengan mereka, Shah dan Siti kelihatan buntu, tak tau mana nak cari jalan keluar dari kesempitan hidup. Shah kata, kat Kelantan, dia kerja makan upah toreh getah, dan buat kerja kampung. Nak cari kerja lain tak ada. Demi membina kehidupan yang lebih baik, mereka datang ke Penang untuk mencari peluang pekerjaan. Namun, malangnya bertembung PKP pula.
Jadi mereka terpaksa berteduh di sederet bangunan terbengkalai di Taman Bidara. Mereka sebenarnya khuatir suasana wabak dan juga arahan PKP, takut ditahan pihak berkuasa kerana pelanggaran SOP. Minggu depan pula akan lockdown sepenuhnya. Mujur penduduk sana bagi info kepada saya, barulah kami dapat cari mereka semalam.
Kadang kala saya sedih tengok komen-komen orang. Shah dan Siti bukan malas. Setiap hari, mereka akan keluar awal pagi sehingga lewat malam mencari kotak-kotak kadbod yang dibuang di tempat-tempat sampah untuk dijual. Ada kala dapatlah RM10-20 sehari, untuk menampung makan minum mereka berdua. Siti pula ada sebuah tabung besar yang pada asalnya saya ingat ialah sebuah tong gas, sebab bentuknya macam itu. Rupa-rupanya, pasangan muda ini menabung duit yang mereka dapat setiap hari sedikit demi sedikit untuk menyewa rumah kelak.
Saya sangat terharu melihat pasangan muda ini sanggup mengharungi susah senang bersama-sama. ❤️
Hari ini saya tunaikan janji saya, bawa pasangan muda ini untuk memulakan hidup yang baru.
Saya bawa mereka untuk shopping beli barang-barang keperluan harian. Dua minggu lockdown ini, saya bagitau mereka, jangan ke mana-mana. Duduk di rumah, tenangkan jiwa dan fikiran, rancang masa depan nak ke mana lepas ini. Saya sudah dapatkan beberapa tawaran kerja untuk Shah. Tapi saya kata biar mereka berehat dan tenangkan fikiran dahulu, nanti saya akan bincang dengan mereka untuk buat keputusan seterusnya.
Shah dan Siti tidak ada telefon bimbit, nak call keluarga kat kampung pun tak dapat. Jadi saya tolong belikan. Asalnya mereka kata nak kongsi dua orang sebuah handphone. Tapi saya fikir, kelak nanti suami keluar kerja, dia pula bimbang isteri di rumah tak dapat dihubungi. Lebih baik saya belikan dua, setiap seorang sebuah handphone.
Saya juga tolong belikan pakaian baru untuk mereka berdua. Kalau Shah nak mencari kerja, dia kena pakai smart sikit. Bagi Siti pula, saya tanya mereka tentang soal pemakaian perempuan sebab saya tak pandai bab ini. Saya tanya adakah Siti nak bertudung sebab saya nampak gambar IC ada tudung, dia jawab ok. Suaminya pula kata memang hasrat dia melihat isteri bertudung. Jadi saya bawa mereka untuk belikan beberapa helai tudung.
Selepas itu, saya bawa Shah dan Siti ke rumah baru mereka. Rumah tak seberapa tapi bersih dan selamat. Sewa rumah saya akan tanggung sehingga Shah sudah bekerja dan mampu untuk membayarnya. Di rumah baru itu, saya call Ustaz Ahmad Fahmi, Ahli Majlis Agama Islam Pulau Pinang untuk datang memberikan kaunseling agama kepada pasangan muda ini supaya mereka akan mempunyai semangat baru demi membina sebuah kehidupan baru. Saya hadiahkan senaskah Al-Quran Terjemahan kepada Shah agar dia menjadikan agama sebagai panduan hidup, jadilah seorang suami yang baik dan seorang insan yang beriman. 🤲🏽
Kucing? Ramai yang komen tentang kucing. Namanya Tam dan Tam kini selamat bersama Shah dan Siti di rumah baru mereka. 😺❤️
Ramai kawan-kawan yang minta akaun bank nak beri sumbangan bantu saya dalam kerja-kerja kebajikan. Sememangnya peruntukan Ahli Parlimen saya telah dipotong, jadi saya gunakan wang saya sendiri atau derma orang ramai untuk kerja-kerja ini. Jika ada yang sudi menyertai saya, bolehlah menyalur kepada tabung berikut. Semua sumbangan akan digunakan sepenuhnya untuk membantu orang-orang yang memerlukan. Kita buat yang terbaik bersama-sama:
Akaun: Maybank
Penama: Akaun Khas Pusat Khidmat Parlimen Bukit Mertajam
No Akaun: 557090527361
Sumber: https://www.facebook.com/471097352961385/posts/5467944879943249/