Lama mendiamkan diri, akhirnya Haqiem Stopa buka mulut dedah punca dirinya disaman [VIDEO]

Lama mendiamkan diri, akhirnya Haqiem Stopa buka mulut dedah punca dirinya disaman [VIDEO]

GARA-GARA memandu kereta tanpa lesen, selebriti media sosial iaitu Haqiem Stopa disaman polis ketika melalui satu sekatan jalan raya.

Menurut Haqiem atau Muhammad Sadzri Hakim Jaafar, 22, dia telah membayar dua saman berkenaan namun hingga kini masih belum berkesempatan untuk mendapatkan lesen memandu.

“Salah memang tetap salah. Saman diterima dan saya akui terima dua saman.

“Saman dah bayar cuma yang belum bayar saman yang kena naik mahkamah.

“Lesen pun bukan boleh buat terus… hari ini bayar saman esok buat lesen mana boleh, ambil masa juga,” katanya kepada mStar.

Haqiem turut menafikan bahawa dia sudah bertunang dan menganggap itu cuma spekulasi orang ramai.

Sumber – Mstar