Lama ponteng parlimen, hari ini tiba-tiba MP PN muncul buat gimik

Lama ponteng parlimen, hari ini tiba-tiba MP PN muncul buat gimik

 

Hampir semua Ahli Parlimen pembangkang keluar Dewan Rakyat sebagai tanda protes selepas usul dikemukakan untuk membincangkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar ditolak.

Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) berkata, usul itu perlu dibahaskan hari ini kerana persidangan Dewan Rakyat akan tamat esok, namun ditolak Timbalan Speaker, Alice Lau Kiong kerana keputusan sudah dibuat Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul.

Shahidan Kassim (PN-Arau) dan Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin (PN-Larut) sebelum itu berdiri menyokong Wan Fayhsal supaya usul berkenaan yang merupakan isu penting rakyat terus dibahaskan.

“Jika perkara ini tidak dibincangkan, kami (Ahli Parlimen PN) akan keluar sebagai protes,” kata Hamzah

Lau berkata, Ahli Parlimen mempunyai hak untuk keluar dan masuk semula ke dewan.

Bagaimanapun, tidak lama kemudian beberapa Ahli Parlimen pembangkang dilihat kembali memasuki Dewan Rakyat untuk meneruskan perbahasan.