Langgar kuarantin : Khairuddin Takiri lepas, tiada pendakwaan

Langgar kuarantin : Khairuddin Takiri lepas, tiada pendakwaan

Kes pelanggaran kuarantin melibatkan Menteri Perusahaan Peladangan dan Komoditi, Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali dimaklumkan oleh pihak polis sebagai ‘No Further Action” (NFA) seperti yang diarahkan oleh Pejabat Peguam Negara.

Keputusan itu dimaklumkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed dalam sidang media sebentar tadi.

Huzir berkata keputusan NFA bagi kes terebut adalah kerana  didapati YB Menteri tidak diserahkan borang 14B  di bawah seksyen 15 (1) Akta 342 bagi tujuan menjalani perintah kuarantin.

Isu Khairuddin menjadi hangat apabila dilihat wujud ketidakseragaman tindakan undang-undang terhadap Menteri dan orang awam. – nm