Lebih 3 jam, penumpang cuak roller coaster ‘stuck’ di udara

Lebih 3 jam, penumpang cuak roller coaster ‘stuck’ di udara

 

Beberapa pengunjung di sebuah festival di Amerika Syarikat berdepan dengan detik cemas apabila roller coaster yang dinaiki mereka tergendala selama hampir 3 jam di udara.

Tergantung secara terbalik

Memetik laporan portal Independent, kejadian yang berlaku di sebuah festival yang diadakan di Winconsin, Amerika Syarikat itu berpunca daripada masalah teknikal yang berlaku sehingga menyebabkan gangguan kepada permainan berkenaan.

Menurut Ketua Jabatan Bomba Crandon, Kapten Brennan Cook, masalah teknikal yang berlaku itu telah menyebabkan kesemua pengunjung yang menaiki permainan terbabit tergantung secara terbalik.

Kami dimaklumkan bahawa roller coaster itu berhenti secara tiba-tiba pada kedudukan menegak. Berdasarkan pemerhatian kami, kejadian tersebut berpunca dari masalah teknikal.

Setakat ini, kami belum mempunyai sebarang maklumat tetapi kami difahamkan permainan tersebut sudah pun diperiksa oleh pihak berkuasa Wisconsin baru-baru ini.

Bagaimanapun, kesemua penumpang berjaya diselamatkan dan kini mendapatkan rawatan selanjutnya di hospital.

Dalam pada itu, menerusi video yang tular di media sosial, dapat dilihat beberapa pegawai penyelamat menaiki landasan rel permainan tersebut untuk mencuba menyelamatkan mangsa.