Lelaki 22 tahun dikecam orang ramai gara-gara nak kahwin dengan bos 38 tahun

Lelaki 22 tahun dikecam orang ramai gara-gara nak kahwin dengan bos 38 tahun

 

Seorang lelaki berusia 22 tahun di China dikritik orang ramai selepas memutuskan untuk berkahwin dengan wanita berusia 38 tahun, disebabkan perbezaan usia mereka.

Laman berita Thaiger melaporkan, lelaki itu pernah meninggalkan rumah untuk mengelak dipaksa kahwin oleh ibu bapanya, namun dia mengubah fikiran dalam tempoh setahun.

Pelayan bar itu mengejutkan ibu bapanya selepas membawa pulang calon menantu yang merupakan majikannya. Ibu dan bapanya menyangka wanita itu adalah bakal ibu mentua anak lelaki mereka.

Apabila diberitahu wanita itu adalah calon menantu, ibu bapanya marah dan menentang sekeras-kerasnya hubungan mereka.

Lelaki itu kemudian berkata: “Saya tidak akan berkahwin melainkan pengantin perempuan adalah dia.”

Ibu bapa lelaki itu akhirnya terpaksa akur dan pasangan itu akhirnya berkahwin.

Bagaimanapun, perkahwinan mereka menimbulkan kecaman sehingga lelaki itu terpaksa menjelaskan bahawa dia mengahwini majikannya atas dasar cinta.

“Hubungan kami ditentukan oleh takdir, bukan kekerasan seperti  yang diperkatakan semua orang,” jelas lelaki itu.