Lelaki 52 tahun maut didakwa kerana strok haba, pengsan lepas sejukkan badan dalam sungai

Lelaki 52 tahun maut didakwa kerana strok haba, pengsan lepas sejukkan badan dalam sungai

 

Seorang pekerja penyelenggaraan berusia 52 tahun meninggal dunia ketika sedang bekerja didakwa akibat strok haba.

Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata pihak polis menerima laporan daripada Angkatan Pertahanan Awam (APM) pada 3.15 petang semalam mengenai seorang pekerja sebuah syarikat utiliti.

Menurut laporan The Star, lelaki berkenaan didapati pengsan di dalam hutan dalam kawasan Jalan Paradom / Tanjung Genting Bintangor, Sarawak.

Cats 14

“Sebelum kejadian, mangsa bersama beberapa rakan sekerja melakukan kerja-kerja penyelenggaraan pencawang elektrik.

Salah seorang rakannya memberitahu cuaca ketika itu sangat panas. Jadi mangsa pergi menyejukkan diri di sungai berhampiran,”katanya.

Rakan sekerjanya memberitahu mangsa ingin menyejukkan badan tetapi dihalang namun mangsa masih berkeras untuk pergi ke sungai berkenaan.

Apabila selesai, rakannya itu tadi memberitahu bahawa mangsa berasa pening dan mahu pitam.

“Dia meminta saya mengurut badannya dan menghilangkan rasa panas di badannya. Bagaimanapun beberapa minit kemudian, dia pengsan,”katanya.

Pihak paramedik dari hospital mengesahkan mangsa yang dikenali sebagai Mohammad Sabeli meninggal dunia di tempat kejadian pada 4.59 petang, ACP Zulkipli berkata kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.