Lelaki bantu viralkan kisah Aliah Qistina terkejut ada plot twist, dedah mesej & ‘voice’ ibu kandung minta tolong

Berita kehilangan Aliah Qistina sempat membuatkan ramai bersimpati sekali gus mewar-warkan hebahan video yang dibuat oleh ibunya, Noor Fatimahtul Zaharah Talib.
Siapalah yang sampai hati melihat kerisauan seorang mak mengenangkan anak makan atau tidur di mana selama 18 hari menghilang?
Aku nak pesan, netizen ni jangan nak jadi wartawan…Kau cakap dah jumpa ikut jantan
Tidak ketinggalan, bulan lepas TikTokers asal Melaka yang mesra digelar Babah Nadeen turut membuat sebuah video khas tentang Qistina sehingga meraih 1.1 juta views.
Melalui maklumat dikongsikan oleh si ibu kandung, saat itu remaja terbabit dikatakan pergi dari rumah tanpa membawa benda penting.
@babahnadeen Hari baik bulan baik ni jom sama sama bantu buat hebahan . Tag tiktokers korang supaya sama2 membantu . @Semboyan Malaysia @PPIM #remajahilang #babahnadeen #fyp #melaka #celahbedah
Plot twist paling seram
Namun di sebalik niat untuk membantu, Babah Nadeen terkejut apabila keluar berita terbaru tentang konflik membabitkan si ayah tiri.
Video miliknya turut muncul di Instagram Caprice membuatkan wujudnya tanggapan dia menyebelahi ibu Qistina.
Walhal rakaman itu dimuat naik pada 23 Mac lepas sebagai usaha menjejaki remaja perempuan tersebut.
Daripada mulut mak dia sendiri, takkan kau tak percaya? Kita tak sangka…Tiba-tiba plot twist dia…
Babah Nadeen kemudiannya mendedahkan paparan mesej dan voice bersama ibu kandung Qistina bertarikh 22 Mac.
Dapat dilihat betapa Noor Fatimahtul berusaha keras mencari anaknya termasuklah menghubungi media mainstream, namun usaha berkenaan gagal.
Sesiapa pun yang ada di tempat Babah Nadeen, sudah pasti akan menghulurkan bantuan tambah pula dia sendiri bergelar seorang bapa.
@babahnadeen Penjelasan isu adik qistina . @VEMPIRE MALAYSIA @HCIGAR NITRO MALAYSIA #hcigarnitro #hcigarnitromy #vempirearmy #babahnadeen @Bruce Samuel