Lelaki buka sticker ‘import’ pada beras, sekali ini yang berlaku

Lelaki buka sticker ‘import’ pada beras, sekali ini yang berlaku

 

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok apit_secret, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.

Dalam video klip ini menunjukkan di mana seorang lelaki menyiarkan satu klip durasi pendek mengenai beras yang dibeli sebanyak 2 paket.

Dikatakan beliau perasan pada beras tersebut mempunyai pelekat yang tertulis ‘Import’, tetapi selepas dibuka pelekat itu pula menjadi tanda tanya warganet.

Harganya pula berlainan dengan ‘Import’ dan ‘Tempatan’ walaupun beras yang sama beliau beli, dan isu ini juga telah tular di media sosial serta mendapat pelbagai reaksi netizen.

Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan untuk membuat aduan kepada pihak yang bertanggungjawab.

Ada juga yang mengatakan perkara ini sering berlaku dan banyak lagi jualan beras mempunyai pelekat yang ditampal pada paket tersebut.

Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 285.8K penonton, 11.7K sukaan dan 1862 komen.