Lelaki cekup tunangnya beromen dengan lelaki lain dalam rumah sewa

Lelaki cekup tunangnya beromen dengan lelaki lain dalam rumah sewa

 

Hancur luluh hati seorang lelaki apabila mendapati tunangnya curang dengan lelaki lain. Lebih menyakitkan lagi, lelaki itu sendiri mencekup tunangnya berdua-duaan dengan lelaki lain dalam rumah sewa.

Menurut Rizal, dia datang untuk berjumpa dengan tunangnya di rumah sewa. Namun tidak menyangka tunangnya itu rupa-rupanya sedang ditemani lelaki lain yang dipercayai pasangan curangnya.

Rizal mengakui dia terkejut melihat kehadiran lelaki itu. Ketika tunangnya cuba menutup pintu rumah, Rizal segera menghalang dan menolak pintu itu.

Orang ketiga itu kelihatan panik, terus keluar dari rumah, manakala tunangnya terkejut dan bingung.

“Kantoi.. kantoi curang. Okay. Aku dah bertunang dengan dia. Okay, terima kasih. Kantoi dah curang, patutlah tak boleh jumpa.

“Alhamdulillah, ya Allah akhirnya kantoi juga,” kata Rizal.

Netizen menasihatkan Rizal usah terlalu kecewa kerana dia sebaliknya harus bersyukur tunangnya menunjukkan perangai sebenar sebelum berkahwin.

“Sama la macam kes aku. Lagi sebulan nak kahwin. Tup-tup ditemui tidur dengan perempuan lain. Akhirnya terbongkar semua. Terus batalkan perkahwinan. Tapi saya happy, daripada terlambat. Allah maha adil, beri jalan terbaik,” kata Inisial.

“Wah sangat bersyukur bang. Abang hanya kehilangan orang yang mengkhianati abang. Tapi dia kehilangan orang yang menyayanginya,” kata Fathan.