Lelaki dedah ada suami orang nak rampas isteri & anak-anaknya

Lelaki dedah ada suami orang nak rampas isteri & anak-anaknya

 

Selalunya kes-kes penyondol ini kita lihat berlaku apabila si suami yang curang dan orang ketiga itu adalah wanita, jarang rasanya dengar pasal isteri yang curang tapi kes ini memang wujud!

Rasa sedih bercampur marah apabila mendengar cerita daripada lelaki yang dikenali sebagai Amzah ini apabila seorang lelaki durjana mahukan isteri dan anak-anaknya.

Katanya kepada Sinar FM, lelaki tersebut dikenali dengan kepimpinannya di mata masyarakat, kisah ini bermula pada tahun 2020 sehingga sekarang di mana lelaki itu bertahun-tahun cuba untuk merampas isteri dan anak-anaknya, lebih kejam lagi, lelaki itu rela memberikan dana untuk penceraian mereka.

Lelaki yang juga berstatus suami orang itu juga pernah ‘ditangkap’ oleh isterinya berkenaan hal tersebut. Dalam nada sebak, Amzah menyatakan perkara ini berlaku sehingga anaknya sendiri sudah tidak mahu bertemu dengannya lagi.

“Saya akan ke mahkamah, dan dia telah masuk ke anak saya sampai anak saya tak boleh nak tengok saya, saya dah pergi rawatan Islam, dia akan datang kemudian isteri saya baik, lepastu jadi balik, dia sampai dah tukar kerja pun masih jadi lagi. Tapi saya dah ada bukti.”

“Saya paling kecewa anak saya yang 7 tahun sendiri, yang saya potong tali pusat dia, sekarang dah tak nak tengok saya.”

Mendirikan rumah tangga sejak tahun 2016, hubungan suami isteri itu jadi goyah apabila lelaki tersebut sedaya upaya cuba rosakkan rumah tangga mereka dan mahukan isterinya. Bahkan, menurut Amzah lagi, lelaki tersebut juga ada mengugut isterinya kerana isterinya tidak bekerja.

Bagaimanapun, Amzah akan berusaha untuk mempertahankan rumah tangganya biarpun lelaki tersebut menggunakan khidmat dua orang peguam. Tambah Amzah, lelaki tersebut menipu dirinya dengan menggunakan agama sebagai alasannya.

“Dia cakap dia sembahyang istikharah, sembahyang tahajjud, Allah tunjuk muka isteri saya. Boleh fikir tak? Adakah Allah akan tunjuk benda tu.”

Jelas Amzah, dia sudah sebulan lebih tidak bersua dengan anak dan isterinya, malah halangan untuk bertemu anak itu dibuat oleh isterinya sendiri.

Oleh sebab itu, Amzah memohon doa orang ramai untuk permudahkan urusannya untuk mendapatkan kebenaran.

@sinar_my

Pagi tadi #PagiDiSINAR buka topik “hak anda yang pernah dirampas”. Berat ujian Abang Amzah ni. Seorang lelaki yang juga suami orang merampas isterinya hingga anak Abang Amzah sendiri tak mahu dengannya 😭🥺 Kita doakan semoga Abang Amzah mampu lalui semua ini 🙏🏻 #SINARKongsi #fypシ #xyzbca #rumahtangga

♬ original sound – SINAR – SINAR