Lelaki didakwa hendap wanita selama 8 tahun diarah jalani rawatan mental di Hospital Bahagia, tak dibenar ikat jamin

Lelaki didakwa hendap wanita selama 8 tahun diarah jalani rawatan mental di Hospital Bahagia, tak dibenar ikat jamin

Seorang lelaki yang didakwa telah mengganggu dan menghendap seorang wanita secara seksual di media sosial akan dihantar ke Hospital Hulu Kinta, Ipoh bagi mendapatkan rawatan mental.

Memetik laporan Buletin TV3, tertuduh yang melakukan perbuatan tersebut pada 21 Julai lalu, kira-kira dalam jam 1.40 pagi hingga 5.58 petang menerusi Twitter.

Malah perbuatan keji itu juga dilakukan secara berulang, tertuduh didakwa terus menerus mengganggu mangsa, Acacia Mardiana Daud yang bekerja sebagai seorang jurugambar itu dengan memberikan komunikasi jelik.

Screenshot 2023 08 10 155838

Sumber juga turut melaporkan bahawa mangsa ada menerima komunikasi jelik tersebut di kediamannya yang bertempat di Jalan Tepuan Satu, Shah Alam, Selangor.

Perbuatan yang dilakukan oleh tertuduh itu telah menyebabkan mangsa mengalami ketakutan, oleh itu, suspek didakwa mengikut Seksyen 507A (1) Kanun Keseksaan atas kesalahan menghendap dan boleh dihukum di bawah Seksyen 507A (3), akta sama.

Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. Sepanjang perbicaraan tadi, tiada sebarang pengakuan direkodkan mahkamah ketika pertuduhan dibacakan.

Screenshot 2023 08 10 155944

Mahkamah pada masa yang sama meminta tertuduh dihantar ke Hospital Hulu Kinta bagi pengesahan mental dan rawatan. Sebutan semula kes ditetapkan pada 7 September. Tertuduh juga diwakili peguam, Fithril Hakim Ab Jalil.

Mangsa Acacia Diana sebelum ini mendedahkan dirinya diganggu seorang lelaki tidak dikenali sejak lapan tahun lalu.

Pelbagai cara turut dilakukan bagi mengelakkan dirinya daripada diganggu termasuk membuat laporan polis, berpindah ke luar negara dan memaklumkan pelakuan lelaki itu kepada keluarga suspek.