Lelaki gaduh dengan kucing berebut ibu bikin ramai terhibur

Lelaki gaduh dengan kucing berebut ibu bikin ramai terhibur

 

Kebiasaannya apabila duduk di rumah bersama keluarga, pasti akan ada hari di mana kita akan bergaduh dengan adik-beradik.

Pun begitu, pertelingkahan itu bukannya yang membawa dendam tetapi gurauan manja yang berlaku dalam kalangan adik-beradik.

Pergaduhan boleh terjadi sekiranya mereka yang perempuan, saling pinjam-meminjam baju masing-masing kemudian apabila diberikan keizinan, ia tidak dijaga dengan baik.

Pergaduhan itu akan menjadi lebih parah jika ibu bapa memihak kepada salah seorang daripada mereka, tentunya akan lebih kecil hati.

Namun berbeza pula dengan situasi di negara jiran ini, di mana seorang anak bergaduh merebut ibu dengan seekor kucing peliharaannya.

Lelaki rebut ibu dengan kucing

Menerusi video yang dimuat naik oleh @kangloax di TikTok, ia menunjukkan kucing berwarna hitam putih itu duduk di atas riba seorang wanita.

Lelaki tersebut yang dipercayai adalah anak kepada wanita itu mengusik kucing peliharaannya dengan mengatakan wanita itu adalah ibunya.

Nggak (tak) boleh, ini punya aku,” kata lelaki itu.

Lelaki itu berkali-kali mengusiknya mengatakan kucing itu tidak boleh duduk di situ kerana itu adalah tempatnya.

Pun begitu, kucing yang duduk seperti bayi itu, hanya bersandar di badan wanita tersebut dan menepis tangan lelaki yang memegangnya.

Kucing itu hanya mengeluarkan bunyi ‘meow‘ kemungkinan menandakan ia marah dengan tindakan lelaki tersebut.

Dalam pada itu, lelaki itu masih tidak berputus asa dan berterusan menarik tangan kucing tersebut.

Kucing yang berasa jengkel dengan situasi itu memberikan pandangan sisi yang tajam kepada lelaki itu.

“Awas ini mama aku. Ini mama aku.

“Ini punya aku, bangun,” kata lelaki itu.

Walaupun ditarik tangannya berkali-kali namun kucing tersebut masih juga tidak berganjak dan tidak memberi peluang kepada lelaki itu untuk menggantikannya.

Malah, ia hanya memaparkan reaksi tidak suka kerana baginya wanita itu adalah miliknya walaupun lelaki tersebut adalah anak kandungnya.

Video tersebut kemudiannya meraih perhatian orang ramai kerana rata-rata mereka terhibur dengan gelagat kucing tersebut.

Segelintir warga maya mengatakan kebiasaannya situasi itu berlaku kepada adik-beradik namun kali ini ia berbeza, bergaduh dengan kucing.