Lelaki ini dihalau pihak masjid sebab tak cukup duit bayar urus jenazah bayi

Lelaki ini dihalau pihak masjid sebab tak cukup duit bayar urus jenazah bayi

 

Tular di media Facebook, seorang lelaki dihalau pihak masjid kerana tidak mempunyai wang yang cukup untuk membiayai urusan pengebumian bayinya.

Bayaran yang diminta pihak masjid ialah RM300, namun yang beliau ada cuma separuh daripada nilai tersebut.

Tetap tidak mahu membantu lelaki tersebut, pihak masjid telah menghalau lelaki terbabit dan beliau terpaksa pulang kembali ke hospital dengan hati yang sedih.

https://www.facebook.com/mohdzulhairi.zainol/posts/2003591026435264

Namun, ada insan yang baik hati telah membantu urusan pengebumian jenazah anaknya yang dikenali sebagai Abang Hery. Abang Hery bergegas datang untuk membantu apabila beliau dihubungi oleh pihak forensik hospital.

Jenazah yang diuruskan Abang Hery dengan bantuan dana-dana dari rakan-rakan Facebooknya selesai dengan hanya menggunakan nilai RM20 sahaja.

https://www.facebook.com/mohdzulhairi.zainol/posts/2003437686450598

Abang Hery atau Mohd Zulhairi Zainol merupakan seorang aktivis Gerakan Amal Team yang membantu mereka yang memerlukan; sama seperti Mr Kuan atau Uncle Kentang.

Menjalankan kerja amal Gerakan Amal Team kini sudah memiliki dua buah van jenazah (dana orang ramai) bagi memudahkan urusan mereka yang memerlukan secara percuma.

Bapa Dihalau Tak CUkup Duit Bayar Urusan Jenazah Bayi 1

Sedih sungguh orang kita ini. Bukan semua benda perlukan duit untuk dijalankan. Kadangkala kita hanya perlukan rasa ‘manusia’ untuk membantu. Memang semuanya perlukan duit, tetapi tidakkah mereka merasa kasihan dengan jenazah mayi yang tidak bersalah itu?

Sebelum itu, tahukah anda ada beberapa jenis khairat kematian yang perlu anda ambil tahu? Antaranya:

1. Khairat Kematian ASB
*Jika ada buat simpanan ASB, boleh tuntut. Kadar bayarannya ialah antara RM200 ke RM2,000, bergantung kepada baki pelaburan kita yang terakhir.

2. Khairat Kematian Pencen
*Jika kita atau mak ayah pesara kerajaan, boleh tuntut khairat ini. Bernilai RM3,000.

3. Khairat Kematian Takaful
*Jika ada mencarum dalam skim takaful, boleh tuntut. Bayaran antara RM 2,000 ke RM5,000, bergantung skim yang disertai. Boleh rujuk agen takaful anda,

4. Khairat Kematian Bank Rakyat
*Kalau ada akaun Bank Rakyat, nilai khairat kematiannya ialah RM3,000.

5. Khairat Kematian KWSP
*Buat pencarum KWSP, khairat kematian ialah RM2,500.

6. Khairat Kematian PERKESO
*Kalau pernah mencarum PERKESO, nilai khairat kematiannya RM 2,000.

7. Khairat Kematian Penjawat Awam (JPA)
*Kalau pesara kerajaan atau kakitangan kerajaan nilai khairatnya RM3,000.