Lelaki ini kongsi cara bancuh adunan lempeng yang sedap dan gebu, orang bujang pun buat dengan senang
Adunan Lempeng yang sedap, lembut dan gebu tentunya jadi kegemaran ramai.
Bagi penggemar hidangan ini, resipi adunan lempeng sedap perkongsian saudara Fuad Ismail Iskandar ini tentunya harus dicuba.
Lempeng ni cukup mudah.Bahan-bahannya juga tidak terlalu banyak.
Orang bujang pun boleh buatnya dengan senang.
Lempeng sedap dan gebu ini boleh dinikmati dengan pelbagai cara.
Antaranya boleh dimakan bersama Sambal Tumisa tau kari.
Kalau nak cicah susu pekat manis pun boleh. Jomlah cuba. Anda pasti sukakannya.
Resepi Adunan Lempeng Yang Mudah, Sedap dan Gebu
Bahan-bahan:
2 ½ cawan tepung gandum
3 ½ cawan air
2 biji telur
Sedikit garam
Sedikit aji/perasa
3 sudu makan minyak masak
Cara Memasak:
1.untuk membuat adunan lempeng, satukan semua bahan dan adun hingga sebati.
2.Untuk lebih mudah, satukan semua bahan dan kisar guna blender hingga halus dan tidak berketul.
3.Panaskan kuali nonstick kemudia masak adunan lempeng tadi hingga habis.
4.Angkat dan nikmatinya bersama pelbagai menu sampingan seperti sambal tumis, sambal sardin, kari atau pun susu pekat manis ( RASA)