Lelaki ini kongsikan ‘port’ air terjun ‘rare’, sekali lain pula yang dibincang netizen

Lelaki ini kongsikan ‘port’ air terjun ‘rare’, sekali lain pula yang dibincang netizen

Malaysia sememangnya terkenal antara negara yang kaya dengan khazanah alam semulajadi. Terdapat pelbagai lokasi menarik buat pencinta alam.

Sementelah dalam keadaan negara yang baru sahaja dibebaskan dengan sekatan PKP akibat Covid-19 ini, maka sudah tentulah peluang sebegini tidak dilepaskan begitu sahaja.

Menerusi sebuah video Tik Tok menggunakan nama akaun @Fikri ZamRi, dia telah berkongsikan sebuah kawasan air terjun yang begitu indah buat mereka yang gemarkan aktiviti ‘outdoor’.

I
Air terjun tersebut dikenali dengan nama Susung terletak di Bengoh Range, Padawan, Kuching, Sarawak itu diliputi alam semula jadi yang menghijau, gunang-ganang, tasik, air terjun, serta pemandangan menakjubkan.

Pelancong yang datang ke sini rata-rata menggambarkan suasana indah di destinasi ini umpama berada di kawasan penggambaran filem ‘Jurassic World’.

Menurut sumber Google, selain Susung terdapat 3 lagi air terjun di kawasan tersebut iaitu Curtain, Koring dan Pe’an.

Namun, disebalik pujian netizen yang teruja dengan keindahan alam semula jadi di air terjun tersebut, terselit juga komen-komen kelakar yang mengaitkan tempat tersebut dengan kisah mistik.

Sehingga kini, perkongsian video tersebut telah mendapat lebih 40 ribu tanda suka dan lebih 1500 komen.