Lelaki ini luahkan rasa serik sewakan rumah kepada orang dari Pantai Timur

Lelaki ini luahkan rasa serik sewakan rumah kepada orang dari Pantai Timur

Bagaikan mimpi ngeri buat mana-mana pemilik rumah jika mendapat penyewa yang pengotor dan tidak bertanggungjawab.

Tambah menyakitkan hati apabila penyewa tersebut tidak pernah peduli untuk menjaga kebersihan rumah sewa tersebut.

Housemate tak pernah nampak dia mandi atau masak

Kisah penyewa tidak bertanggungjawab ini dikongsikan portal Oh!Bulan menerusi akaun TikTok seorang lelaki dikenali sebagai Rizalmaruhan Sahlan.

.

Menerusi video yang dimuat naik, jelas kelihatan bilik sewa tersebut tidak dijaga dengan baik dan penyewa berkenaan terus dihalau daripada rumah sewa tersebut.

Terus halau. Busuk gila. Makan ikan mentah lepas tu dengan air kencing dalam botol. Berselerak habis, habis semuanya.

Ujarnya, dia mendapat banyak aduan dari penyewa yang lain mengenai salah satu bilik di tingkat atas mengeluarkan bau yang sangat busuk sehingga dia terpaksa datang untuk memeriksa bilik terbabit.

Dia bayar elok bilik. Jadi saya tak datang ganggu. Ni datang pun budak-budak bilik lain mengadu dah 6 bulan bahagian bilik atas busuk jadi terpaksa spotcheck.

Lebih mengejutkan lagi apabila penyewa yang lain mengatakan bahawa mereka tidak pernah melihat individu berkenaan masuk ke dalam bilik air untuk mandi mahupun pergi ke dapur untuk memasak. Namun, mereka hanya bertemu apabila lelaki berkenaan keluar untuk membasuh kereta sahaja.

Dia sewa bilik. Rumah kemas elok. Budak-budak lain yang sewa bilik jarang nampak dia. Mandi pun tak pernah nampak masak pun tak. Jumpa masa cuci kereta saja. Penampilan dia elok. Naik kereta mewah. Kerja elok.

Difahamkan, penyewa berkenaan berasal dari pantai timur dan sebelum ini tuan rumah tersebut pernah mengalami situasi yang sama dan tidak menjangkakan ia akan berulang kembali.

Penyewa orang melayu dari pantai timur. Dulu saya bagi sewa rumah. Kena juga dengan perempuan dari negeri sama dengan kes ni. Lepas tu nekad nak bagi sewa bilik pula. Akhirnya kena juga.