Lelaki ini menyesal beli kereta mahal sampai pinjaman 7 tahun

Lelaki ini menyesal beli kereta mahal sampai pinjaman 7 tahun

 

Satu kisah teladan yang sarat dengan unsur-unsur pengajaran dan penuh keinsafan telah dikongsikan oleh seorang pemilik kereta mewah Alphard di laman Facebook Vellfire & Alphard Malaysia Group.

Perkongsian yang dibuat oleh Perkasa Bin Runner (bukan nama sebenar) tersebut menceritakan tentang pengalamannya membeli kereta MPV itu pada tahun lalu.

Namun menurutnya, kini dia berasa sangat menyesal akibat tindakan terburu-buru dan kesilapan yang dilakukannya tersebut. Kenapa pula, ya?

Berikut adalah hantaran yang dibuatnya tersebut yang ditujukan khas untuk mereka yang teringin untuk memiliki kenderaan Alphard atau Vellfire di luar sana. Semoga jadi pengajaran.

Alphard Vellfire

Assalamualaikum. Maaf kerana guna account lain. Segan nak tunjuk diri sebenar.. 🤭

Saya baru membeli Alphard 2013 Register 2018 tahun lalu bulan 6. Harga RM130k. Deposit RM50k, monthly RM1.2k, loan 7 tahun. Kereta full spec, leather seat, power window, sunroof & 7 speed.

Tapi setelah beberapa bulan pakai jauh di sudut hati terasa menyesal. Jujur cakap, bukan kerana gaya hidup atau nak melaram tapi lebih kepada kita sayangkan family dan untuk keselesaan family saya yang sudah 4 orang anak.

Ketika itu saya ada cash di tangan hanya RM50k, mungkin disebabkan tidak fikir panjang dan tidak sabar maka terus terjerat dengan loan kereta ni 7 tahun. Sedangkan market Alphard/Vellfire kalau beli cash direct owner RM80k pun boleh dapat. Dan bebas hutang..

Bukan tak mampu, tapi 7 tahun tu kalau buat saving macam-macam boleh buat atau buat investment. Kalau saya invest ke property pun lebih berbaloi. Terasa menyesal betul.. Bila duduk sorang-sorang termenung balik nak bayar loan 7 tahun dan pikir balik kebodohan diri.. Saya bukan jenis suka berhutang.

Hutang kereta sedan lama dah lama selesai, tiada personal loan, tinggal bayar loan rumah jer. Tapi yang loan Alphard ni terasa menyesal betul.. Tolong bagi kata dua nasihat, semangat atau tips atau peluang business yang boleh dapatkan paling tidak monthly RM5k supaya boleh settle loan kereta ini segera…

Huhuhu.. Semoga menjadi pengajaran pada bakal-bakal owner Alphard/Vellfire yang lain…