Lelaki ini terkejut tengok Axia basic, harga sampai RM40,000 tapi meter RPM, butang aircond tak ada

Lelaki ini terkejut tengok Axia basic, harga sampai RM40,000 tapi meter RPM, butang aircond tak ada

 

Semakin banyak pengeluaran kereta semakin banyak ciri yang dapat dilihat malah harga juga berbeza mengikut ‘upgrade’ yang diminta pelanggan.

Malah ada yang mengeluarkan kereta dengan varian paling basic namun harganya lebih mahal jika mahu dibandingkan dengan kereta lain yang sudah dinaik taraf.

Baru-baru ini seorang pengguna Twitter @meinmokhtar berkongsi pengalaman berada di dalam kereta Perodua Axia spec basic.

Pemuda itu jelas terkejut apabila melihat kereta kompak itu betul-betul sangat basic sehingga kekurangan beberapa ciri yang ada pada spec basic untuk model kereta lain.

Kereta tersebut juga dikatakan tidak mempunyai meter RPM, butang penghawa dingin dan pemegang siling untuk penumpang.

Bagi pengguna Twitter, Hafiz Anuar, dia membandingkan harga kereta Axia basic sama dengan full spec model kereta lain yang jauh lebih besar dan selesa.

“RM40,000 boleh dapat Proton Saga Standard Auto. Kereta sedan, boot space luas, enjin 1.3, basic safety features lengkap.

“Kos servis penyelengaraan pun lebih kurang je. Sebulan pun RM440-460 je. Jadi la pengguna yang bijak,” ujarnya.

Jika harga kenderaan yang anda mahu beli itu terlalu mahal, maka simpanlah niat untuk kereta idaman dan beli kereta yang lebih sesuai dengan bajet sendiri.