“Lelaki itu cam muka kami, termasuk adik beradik saya,” Uqasha kongsi detik diugut penyerang Kamal Adli

“Lelaki itu cam muka kami, termasuk adik beradik saya,” Uqasha kongsi detik diugut penyerang Kamal Adli

Isteri kepada pelakon Kamal Adli, Uqasha Senrose tampil mendedahkan punca suaminya diserang seorang individu sehingga menyebabkan kecederaan parah di bahagian kepalanya.

Menurut pelakon jelita itu lagi, individu tersebut mengaku ada isu peribadi dengan Kamal ketika disoal pihak polis yang berjaya menahannya.

“Kemudian, katanya dia ada isu peribadi dengan Kamal dan bila ditanya lagi, dia beritahu bahawa dia cemburu apabila Kamal berkahwin dengan saya.

“Hal yang menjadi kerisauan kami, dia sempat memberikan ugutan kepada kami. Katanya, dia ingat wajah kami termasuk adik beradik saya dan akan tanggung akibatnya,”
– Uqasya Senrose

“Kalau dia ada cota dan senjata tajam, tak mustahil dia ada senjata api juga. Depan polis pun dia berani berikan ugutan,” kongsinya lagi.

Semalam, Kosmo!Online melaporkan pelakon Uqasha Senrose terkejut melihat suaminya yang juga pelakon, Kamal Adli cedera parah selepas diserang individeu tak dikenali di Singapore Exspo Hall, Singapura, semalam.

Insiden tersebut dikatakan berlaku semasa sesi bergambar, tiba-tiba individu terbabit datang dan memukul Kamal dengan cotar dan senjata tajam.

“Ketika kami bergambar bersama seorang peminat, seorang lelaki tiba-tiba memanggil nama Kamal sebelum memukulnya berkali-kali di bahagian kepala, muka dan badan dengan cotar dan senjata tajam sehingga cedera parah.

“Kejadian tersebut berlaku di depan mata saya. Kami tidak kenal pun lelaki tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, Uqasha memaklumkan individu tersebut sudah ditahan pihak polis Singapura.

Ditanya mengenai keadaan terkini Kamal, Uqasha memaklumkan bahawa suaminya perlu menjalani pembedahan kerana luka yang besar dan panjang.

“Saya sedih kerana Kamal perlu jalani pembedahan, sebab belakang kepala luka panjang. Mungkin dia kena ditidurkan.

“Saya tak boleh nak masuk bilik pembedahan sekarang. Cuma boleh buat laporan polis di Singapura,” katanya lagi.