“Lelaki kalau gaduh, esok dah boleh jadi bestfriend”- Sharnaaz Ahmad

“Lelaki kalau gaduh, esok dah boleh jadi bestfriend”- Sharnaaz Ahmad

 

Pelakon, Sharnaaz Ahmad mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Jenayah, Kuala Lumpur atas pertuduhan menumbuk dan menendang penghuni sebuah kondominium di Segambut pada Jun lalu.

Namun, pelakon berusia 38 tahun itu berkata pertuduhan itu tidak menganggu aktiviti hariannya sebagai seorang selebriti kerana apa yang berlaku adalah lumrah sebagai seorang manusia.

Sharnaaz atau nama penuhnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad menyifatkan kes jenayah yang dihadapinya itu sebagai warna dalam kehidupan.

Tak ada apa yang menganggu kerja harian saya dan apa yang berlaku adalah warna dalam hidup yang perlu dilalui.

Jadi kita kena nikmati sahaja warna-warna kehidupan itu walaupun warna itu kadang-kadang tak elok, kita harung sahaja.

Dalam pada itu, bekas suami kepada Noor Nabila itu menganggap setiap apa yang berlaku mempunyai sebab tersendiri dan berharap ia akan selesai dengan baik.

Bagi saya ini basic sebab benda ini lelaki sama lelaki, jadi ada perangai kita sendiri. Tetapi lelaki kalau gaduh lain… gaduh hari ini, esok jadi kawan baik.

Info tambahan, Sharnaaz didakwa dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum maksimum penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Bagaimanapun, peguam pelakon itu memaklumkan pihaknya akan mengemukakan satu permohonan representasi kepada pihak pendakwaan untuk menggugurkan kes berkenaan jika dibenarkan mahkamah.