Lelaki kantoi guna CCTV skodeng jiran, selalu buat bunyi pelik ganggu mangsa

Lelaki kantoi guna CCTV skodeng jiran, selalu buat bunyi pelik ganggu mangsa

 

Seorang lelaki di wilayah utara Chiang Rai, Thailand didakwa memasang kamera litar tertutup (CCTV) untuk mengintai jirannya.

Menurut laporan, mangsa yang dikenali sebagai Yui sanggup menjemput wartawan ke rumahnya bagi mendedahkan perbuatan jirannya itu.

Semasa ditemuramah, Yui memberitahu kedudukan CCTV milik jirannya itu diletakkan di hadapan rumah dan bilik tidurnya.

Selain gerak-gerinya yang dirakam tanpa kebenaran, wanita itu berkata lelaki berkenaan turut memancarkan lampu ke arah rumahnya.

Malah, pelaku juga dikatakan membuat bunyi pelik untuk mengganggu mangsa.

Lebih menakutkan, Yui juga pernah menerima mesej ugutan daripada jirannya dengan mengatakan dia boleh memasuki rumah itu pada bila-bila masa sahaja.

Yui melaporkan hal itu kepada pihak berkuasa Pejabat Daerah Kecil Wiang Phang Kham, menyebabkan lelaki itu menghentikan tindakannya seketika namun kembali mengintainya seperti biasa.