Lelaki kecam pemandu bas kena tunggu lama sangat, netizen kata kalau nak cepat naik grab

Lelaki kecam pemandu bas kena tunggu lama sangat, netizen kata kalau nak cepat naik grab

 

Tular sebelum ini mengenai pemandu bas yang dimarahi penumpang kerana menunggu bas lama ketika hujan.

Penumpang tersebut merakam dan memaklumkan bagaimana dia terpaksa menunggu hampir dua jam dalam keadaan hujan dan sudah basah.

“Bas baru sampai dari 2.30 petang, sekarang 4.20 petang, kita akan buat laporan,” katanya dengan kapsyen ‘RapidKL driver tidur’.

Seorang pemuda tidak bersetuju dengan tindakan orang awam yang membuat video terbabit dan menasihatkan agar dia menaiki Grab jika ingin cepat.

Dia ingat pemandu bas ni pemandu peribadi dia ke? Nak cepat naik Grab lah bang,” ujar Shah Purie Bakar.

Pada masa sama pengguna Facebook, Khaliq Mohd Ehsan menceritakan pengalamannya terpaksa menunggu bas tapi memahami kelambatan kerana waktu puncak.

“Bas tu ada GPS tracker. Saya pernah kena masa naik bas RapidKL di Kelana Jaya dulu. Biasa bas sampai 6.30 petang, tapi 7 petang tak tibajuga.

“Saya call RapidKL, dia jelaskan bas yang dalam jadual mengalami kerosakan dan bas ganti telah keluar. Tapi sebab waktu puncak, bas ganti terperangkap dalam kesesakan lalu lintas,” tambahnya.