Lelaki kecewa tak dapat keluarkan akaun Fleksibel, duit simpanan KWSP sikit sangat
Sebahagian pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meluahkan rasa kecewa apabila tidak layak mengeluarkan wang di akaun 3.
Ini kerana, Akaun Fleksibel itu memerlukan pengeluaran minima sekurang-kurangnya RM50.
Jika caruman KWSP setiap bulan sekitar RM400, kira-kira 10 peratus sahaja atau RM40 yang akan dimasukkan ke akaun 3. Maka sebab itu ramai yang masih belum boleh mengeluarkan wang dari akaun tersebut.
Menerusi perkongsian video TikTok @qxrnain, kelihatan dua orang lelaki yang kecewa kerana tidak dapat membuat pengeluaran KWSP kerana tidak membuat pemindahan wang terlebih dahulu.
Rata-rata warga TikTok memberitahu kejadian itu berlaku disebabkan baki tidak mencukupi dan tidak membuat permohonan pemindahan wang ke akaun 3 yang mengakibatkan pencarum tidak layak.
“Memang tak layak kalau akaun 3 kurang, kena buat pemindahan dulu,” komen nightraid309.
“Kena buat pemindahan wang terlebih dahulu. Dari akaun 2 ke akaun 3. Selepas tempoh 3 hari bekerja baru boleh buat pengeluaran,” komen dedeeeeel__.
“Kena pindahkan dahulu akaun 2 ke akaun 3 baru layak, kalau terus tekan pengeluaran memang tak layak,” komen @mohdrazifjanan.