Lelaki Kelantan paling kacak, lelaki Kedah pula pandai melawak

Lelaki Kelantan paling kacak, lelaki Kedah pula pandai melawak

 

Rata-rata pengguna media sosial berpandangan bahawa lelaki kelahiran negeri Kelantan mempunyai paras rupa yang kacak, manakala lelaki Kedah sinonim dengan berperwatakan seorang pelawak.

Pemilik Facebook Adham baru-baru ini bertanya kepada orang ramai, negeri manakah mempunyai kaum lelaki yang handsome (kacak) dan kelakar untuk dijadikan pasangan.

Pertanyaan lelaki tersebut mendapat lebih 12,000 komen dan separuh daripadanya mengatakan, lelaki Kelantan paling kacak disebabkan ramai di antara mereka mempunyai kacukan Melayu-Siam.

“Orang Kelantan paling elok (kacak) sebab ada yang kacukan Siam. Memang kalau pandang tu ramai wanita ‘cair’. Tetapi orang Kedah paling ‘sempoi’, kelakar. Tengok la siapa YB (Yang Berhormat) Menteri Kedah,” kata Asyikin.

“Bagi aku lelaki Kelantan memang paling ada rupa. Dekat uni (universiti) aku pun memang geng Kelantan ini yang paling nampak segak siap pakej comel. Kalau bab lelaki yang kelakar, aku rasa orang utara. Dialek mereka pun aku dah rasa terhibur,” ujar Nurul Ain.

“Aku yang lelaki pun suka tengok geng Pantai Timur. Kalau ada campuran Kelantan-Siam memang lagi segak. Putih-putih kulit pun. Lelaki paling kelakar sudah pasti orang Kedah macam aku. Tak percaya hampa (kalian) datang Kedah, mesti kering gusi banyak gelak,” kata Amirul Asyrik.

“Kelantan, Perak ramai lelaki handsome. Orang Kedah paling kelakar, kalau orang Johor, Kuala Lumpur pandai bergaya,” kata Balqish.