Lelaki kena bayar ganti rugi RM30,000 kerana ‘buntingkan’ isteri orang
Seorang lelaki ‘termakan diri’ apabila diarahkan untuk membayar RM30,000 kepada suami kekasihnya kerana memecah belahkan rumah tangga pasangan itu.
Menurut laporan Utusan Malaysia, lelaki yang baru berusia 26 tahun berasal dari Baling, Kedah itu didapati telah berzina dengan isteri orang yang berusia 32 tahun sehingga melahirkan seorang anak.
Perintah itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Alor Setar, Mahazan Mat Taib selepas membenarkan petisyen balas difailkan suami wanita tersebut.
Mahazan dalam penghakimannya berkata mahkamah amat memandang serius dalam perbuatan curang dan penzinaan yang menjadi punca keretakan rumah tangga.
Beliau menambah, nilai ganti rugi itu munasabah selepas mengambil kira perlakuan negatif dan lelaki berkenaan.
“Mahkamah memandang serius perlakuan curang yang dilakukan tersebut kerana ia telah menjejaskan kehidupan rumah tangga.
Ganti rugi sebanyak RM30,000 perlu dibayar kepada responden iaitu suami sebagai satu pengajaran kepada masyarakat umum,” katanya.
Sebagai info, dalam prosiding berkenaan, peguam Nurin Nasuha Ahmad Sobri dari Amnach & Co. bertindak bagi pihak wanita tersebut manakala peguam Opat Aisin dari Opat & Co. mewakili responden.
Janganlah berniat nak curang-curang guys…