Lelaki kongsi pengalaman 11 tahun tak kerja, pilih jadi ‘househusband’ – “Isteri cari duit urus 2 bisnes”
Segelintir masyarakat menganggap segala tugas yang terjadi di rumah adalah tugas seorang isteri.
Namun, zaman kian berubah mengikut arus permodenan.
Segala kerja yang dilakukan adalah tanggungjawab bersama, seperti peribahasa Melayu bagai aur dengan tebing dalam alam perkahwinan.
Akan tetapi, lain pula dengan seorang pemuda bernama Vince yang lebih memilih untuk
Suami jadi suri rumah
Seorang suami dan bapa yang berasal daripada Singapura ini dikenali sebagai Vince, telah berkongsi kisah dan pengalamannya yang memilih untuk mengambil alih tugas seorang isteri sejak beliau berhenti kerja pada tahun 2012.
Sewaktu tempoh berhenti itu, Vince menyatakan bahawa isterinya merupakan seorang yang cukup kuat kerana berjaya menguruskan 2 perniagaan sekaligus.
Tambahnya lagi, isterinya tidak pernah sekali melupakan tugasnya menjaga keperluan kami.
Waktu bersama anak-anak lebih berharga
Menurut Vince, kehendak yang dibuat itu kerana dia mahu melihat anak-anaknya membesar depan mata dan dia mahu bersama mereka sepanjang waktu, bukan sekadar hujung minggu sahaja.
Selama 11 tahun menjadi suri rumah Vince ada berkongsi pengalaman dan keistimewaan apabila suami menguruskan pekerjaan rumah, seperti mengejutkan anak, belajar masak daripada televisyen, belajar mendekorasi rumah, dan sebagainya.
Hubungan ibu bapa dengan anak perlu dijaga
Memiliki keluarga adalah suatu hal yang perlu disyukuri.
Oleh itu ibu bapalah yang perlu membentuk kasih sayang kepada anak-anak untuk menjadi sebuah keluarga yang bahagia seperti padi setangkai bernas semuanya.
Dan ingatlah, sejauh apa pun kamu pergi, keluarga adalah tempat kamu pulang.