Lelaki mabuk cuba ‘lawan’ Ultraman ditahan polis

Lelaki mabuk cuba ‘lawan’ Ultraman ditahan polis

 

Seorang lelaki telah bertindak menolak pelakon Ultraman diatas pentas dalam satu kejadian di Wilayah Zhejiang, China.

Sumber dari News Sina melaporkan, ketika persembahan Ultraman, seorang lelaki telah naik ke atas pentas dan bertengkar hebat dengan beberapa kakitangan. Berlaku tolak menolak dan pertengkaran antara mereka sebelum lelaki itu menolak pelakon Ultraman.

Kakitangan di teater terbabit menyatakan lelaki itu merupakan penonton dan telah membeli tiket untuk menonton persembahan tersebut.

Selepas kejadian itu, pihak Teater Besar Changxing telah menghubungi polis. Video kejadian itu boleh dilihat dibawah:

https://x.com/jieli71440284/status/1707621341426253868?s=20

Dipercayai lelaki itu adalah pelancong yang hadir sebagai sepasang suami isteri dan datang bersama anak-anak mereka. Isteri lelaki itu berkata, ketika kejadian itu, suaminya sedang mabuk.

Lelaki itu telah dibawah dan ditahan oleh pihak polis. Pihak polis sedang melakukan siasatan lanjut mengenai kejadian itu.

Untuk rekod, persembahan melibatkan Ultraman itu adalah drama pentas “Ultra Legend: Light of Hope” dan diadakan pada 28 September bertempat di Teater Besar Changxing di Daerah Changxing, Huzhou, Wilayah Zhejiang, China.