Lelaki Mat Salih berjaya tambat hati Thanuja, jejaka tempatan takut nak dekat
SELESA berkongsi mengenai status diri, pelakon dan model Thanuja Ananthan memberitahu sedang mengenali hati budi seorang jejak berasal dari London sejak lapan bulan lalu.
Thanuja, 38, berkata jejaka berkenaan lapan tahun lebih berusia daripadanya namun dia belum bersedia mendedahkan identiti pilihan hatinya kepada umum.
“Ya, saya ada seorang yang istimewa dalam hidup saya sekarang ini. Saya sedang mengenali dia. Saya sangat gembira dan kita lihat nanti macam mana dalam tempoh setahun dua ini.
“Kami berkenalan sejak lapan bulan yang lalu dan dia berasal dari London. Saya kenal dia melalui kawan-kawan,” katanya kepada mStar.
Thanuja berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis tayangan perdana Filem Padu The Movie yang berlangsung di Kuala Lumpur pada malam Rabu.
Berkongsi lebih lanjut, Bekas Miss World Malaysia 2009 ini memberitahu jejaka berkenaan sudah menetap di Malaysia selain mereka sering meluangkan masa bersama.

“Sebenarnya saya tak memilih, saya okay sahaja asalkan value dan mentaliti kami sama,” katanya lagi.
Kata Thanuja, sikap yang penyayang dan memahami membuatkan dia tertarik untuk berkenalan lebih rapat dengan jejaka berkenaan.
Malah dia percaya agak sukar untuk lelaki menerimanya yang berani bersuara namun berbeza dengan jejaka tersebut.
“Saya suka dia sebab dia faham kerja saya. Pada masa sama, dia sangat memberi sokongan dan pencinta haiwan seperti saya. Dia faham saya.
“Tambahan saya sejenis yang open minded dan lantang bersuara. Bukan semua orang boleh terima wanita seperti ini,” ujarnya.