Lelaki meninggal dunia selepas makan tiram mentah

Lelaki meninggal dunia selepas makan tiram mentah

 

Seorang lelaki Amerika Syarikat berusia 30-an dilaporkan meninggal dunia selepas memakan tiram mentah yang mengandungi bakteria di sebuah restoran.

Menurut Jabatan Kesihatan Daerah Galveston, lelaki asal Texas itu makan beberapa tiram mentah ketika menjamu selera di sebuah kedai pada Selasa, 29 Ogos lalu.

Lelaki tersebut kemudian ditahan di hospital pada Khamis dan meninggal dunia beberapa hari kemudian.  Mangsa dipercayai turut berdepan dengan beberapa masalah kesihatan.

“Dia mempunyai masalah dengan hatinya selain beberapa masalah kesihatan yang lain. Lelaki itu juga bergantung kepada beberapa jenis ubat-ubatan yang mengekang sistem imunisasinya.

“Secara kebetulan, masalah kesihatan yang dihadapinya menyebabkan dia benar-benar terdedah kepada jangkitan vibrio vulnificus,” kata Dr. Philip Keiser, wakil Pejabat Kesihatan Daerah.

Bakteria vibrio vulnificus membiak secara berluasa susulan peningakatan suhu pada musim panas

Kematiannya berlaku beberapa hari selepas Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) mengeluarkan amaran berkenaan aktiviti renang di Teluk Mexico.

Amaran yang dikeluarkan turut melibatkan tindakan memakan haiwan kerang-kerangan. Ia susulan peningkatan suhu yang menyebabkan bakteria vibrio vulnificusa membiak secara berluasa.

Setakat ini, para penyiasat sedang menyiasat dari mana sumber bakteria yang menjangkiti lelaki Texas terbabit.

“Kami telah berkunjung ke restoran di mana lelaki itu makan tiram berkenaan dan memeriksa tiram-tiram yang dijual di restoran itu.”

Dr. Keiser berkata, terdapat tag pada tiram-tiram tersebut yang membantu mereka untuk mengenalpasti asal usulnya.

Pihak berkuasa kesihatan sebelum ini memberi amaran bakteria vibrio vulnificus yang ditemui di dalam tiram diburukkan lagi dengan peningkatan suhu yang melampau dan perairan pantai yang lebih panas daripada biasa pada musim panas ini.

Mereka yang terdedah dengan bakteria ini berisiko mengalami beberapa simptom seperti mual, muntah-muntah dan kesan ruam yang cepat merebak ke seluruh badan.

Susulan itu, pihak berkuasa menyeru bagi sesiapa yang mengalami simptom yang sama selepas memakan makanan laut yang mentah atau terdedah dengan air laut di kawasan persisiran diminta untuk berjumpa doktor dengan segera.