Lelaki muslim ditahan leka berjudi di kedai nombor ekor

Lelaki muslim ditahan leka berjudi di kedai nombor ekor

#Ipoh Ops Cegah Judi yang dibuat sekitar Jelapang, Silibin, Tasek dan Chemor petang tadi. Beberapa lelaki telah ditahan dalam operasi tersebut dan akan disiasat di bawah seksyen 26 Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992 kerana kesalahan Berjudi / Berada Dalam Premis Judi.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda sebanyak RM 3,000 atau dikenakan hukuman pemenjaraan tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

Perkongsian: Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah, JAIPk

Sumber – Viral Perak