Lelaki raih pendapatan lebih RM9,000 sebulan kerja panjat, petik buah durian di Vietnam
Seorang pemetik buah durian boleh memperoleh pendapatan sekitar 2 juta dong (RM369.26) sehari di Vietnam, lapor portal berita VnExpress hari ini.
Pada pukul 6 pagi (waktu tempatan), Nguyen Trong Tan, 25, dan pasukannya tiba di sebuah ladang durian seluas satu hektar di daerah Ke Sach di wilayah Delta Mekong, Soc Trang.
Ketika yang lain memakai sarung tangan untuk membuat persiapan kerja, Tan telah pun memanjat pokok durian dan mula memilih serta memetik buah yang masak.
Berpegang pada dahan, dia pantas memotong buah itu dengan pisau di tangan kirinya.
“Tangkap (buah durian),” katanya sambil menjatuhkan buah durian kepada seorang pembantu yang membawa bakul.
Dalam masa beberapa minit, dia memetik lebih 20 biji buah durian Musang King, sejenis buah popular yang berasal dari Malaysia.
Tan boleh memperoleh 50 juta dong (RM9,227) selepas menolak perbelanjaan dalam tempoh sebulan dengan hanya memetik buah durian.