Lelaki sakit tenat, bakal dipotong anu gara-gara ambil pil perangsang, nak buat hubungan seks banyak kali selama 24 jam

Lelaki sakit tenat, bakal dipotong anu gara-gara ambil pil perangsang, nak buat hubungan seks banyak kali selama 24 jam

 

KEMALUAN seorang lelaki mungkin terpaksa dipotong selepas dia mengambil pil perangsang dan melakukan hubungan intim berulang kali selama 24 jam.

Pelancong Jerman berusia 50 tahun itu dalam kritikal dan dimasukkan di sebuah hospital di Itali.

Dia bersama isterinya melakukan hubungan intim di kediaman mereka di Castel del Piano.

Media tempatan melaporkan lelaki itu kemudian saki tenat sebelum dimasukkan ke hospital pada 11 Mei lalu.

Difahamkan, isteri mangsa menemaninya ke hospital.

Selepas lebih seminggu terlantar di hospital, keadaan kesihatannya masih kritikal.

Dia ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan menurut media tempatan, lelaki tersebut mengalami kejutan septik.

Kejutan septik menyebabkan tekanan darah turun, menjadikan darah dan oksigen sukar untuk memasuki otak, jantung dan buah pinggang serta organ lain.