Lelaki sound Mas Idayu belanja suara terkini, nasihat ambil wuduk dulu sebelum jadi juri

Lelaki sound Mas Idayu belanja suara terkini, nasihat ambil wuduk dulu sebelum jadi juri

Gara-gara komen pedas Mas Idayu dalam program Famili Duo, video seorang lelaki yang bertindak ‘sound‘ penyanyi dangdut itu sewaktu sesi uji bakat Mentor Legend 2014 kembali tular di media sosial.

Menurut laporan mStar Online, lelaki tersebut Muhammad Erdy Sofian tidak menyangka rakaman berkenaan kembali mendapat perhatian sehingga ramai memuji tindakan beraninya.

@xtra_my

Replying to @Haffizz🤠 Min percaya mummy MAS idayu nak kan yang terbaik utk setiap yang dia jurikan. Kita doakan yang baik-baik je gais🤲🏻 #fyp #xtramy #masidayu #familiduotv3 #mentorlegend #sissyiman #komen #menangis #viral #beritaditiktok #sembangentertainment

♬ original sound – XTRA – XTRA

Mengulas kontroversi Mas Idayu yang mengkritik persembahan Sissy Iman dan Naim Daniel dalam program tersebut, lelaki berusia 31 tahun itu berkata, seseorang juri perlu menegur dengan cara yang sesuai.

“Saya tak tuju mana-mana pihak… sesiapa sahaja bila jadi juri sekurangnya kalau nak menegur tu biar bertempat.
“Tak perlu jerit-jerit tak perlu marah-marah dan saya nasihatkan kalau boleh sebelum jadi juri tu ambil wuduk dululah supaya tak ikut hasutan syaitan,” katanya.

Bercerita lanjut, penjual kereta itu mengakui trauma bagi menyertai mana-mana uji bakat nyanyian namun tidak menyimpan rasa benci terhadap penyanyi dangdut tersebut.

Temu bual eksklusif bersama mStar Online

“Uji bakat di kenduri kahwin adalah, tak jadi penyanyi pun takpe. Alhamdulillah dengan rezeki (kerja) sekarang. Nyanyian sekadar suka-suka sahaja.
“Kalau berjumpa dengan Mas Idayu, takkan nak buat muka. Sekurang-kurangnya melemparkan senyuman. Apa yang jadi, biarkan berlalu. Kita move on,” ujarnya.

Sementara itu, Sofian ada memuat naik sebuah video memaparkan bakatnya yang menyanyikan lagu Aris Ariwatan yang berjudul Lamunan Terhenti di tempat kerja sehingga 30,000 tontonan setakat ini

‘Belanja’ suara sikit

@sofianutamamotors

Bersama Lady Boss yang sporting😘😘 @utamamotors_ @Suzana Kamaruddin #sofianutamamotors #kitalayanje

♬ original sound – Sofian – Sofian

Terdahulu, kritikan pedas Mas Idayu membuatkan Sissy menangis sebelum mengambil keputusan bagi membatalkan majlis pelancaran album sulungnya yang dijadualkan pada 2 Februari ini.

Difahamkan, dia juga bertindak mengurungkan diri dalam bilik dan masih belum mempunyai idea bagi melakukan persembahan di pentas Famili Duo pada Ahad ini.