Lelaki tekad berjalan kaki 10,161 km dari Perak menuju ke Mekah

Lelaki tekad berjalan kaki 10,161 km dari Perak menuju ke Mekah

 

Seorang lelaki tekad untuk memulakan perjalanan dari Bidor, Perak menuju ke bandar suci Mekah dengan kaedah jalan kaki bermula empat hari lalu.

Kisah pemuda berkenaan menjadi tular di media sosial dan mengejutkan ramai rakyat Malaysia, khususnya di alam maya.

Herry Nizam menerusi akaun TikToknya (@herrynizam4) berkongsi secara panjang lebar mengenai azamnya untuk mengembara secara solo menuju ke kota suci umat Islam itu. Menerusi vide0-video yang dimuat naik, nyata hasrat Nizam mendapat sokongan dan diiringi doa daripada rakyat Malaysia.

Difahamkan, beliau telah memulakan perjalanan tersebut di Plaza Tol Bidor, Lebuh Raya Utara Selatan empat hari lepas.

@herrynizam4

♬ bunyi asal – @🇲🇾 KAKSARI19 🇲🇾 – 🇲🇾 KAKSARI19 🇲🇾

Sebelum memulakan perjalanannya, Herry turut meletakkan ‘countdown‘ bagi memberikan rasa debaran kepada diri dan para pengikutnya di TikTok.

Perancangan asal untuk menggunakan laluan pada lebuh raya

Dalam video countdown tersebut, lelaki tersebut turut memaparkan barangan yang bakal digunakan dalam perjalanan tersebut seperti sepasang kasut sukan, beg termasuklah sehelai Jalur Gemilang.

Pada asalnya, Herry mahu menggunakan laluan pada lebuh raya, namun beliau terpaksa mengubah laluan kepada jalan dalam atas faktor keselamatan.

Beliau memberitahu perkara tersebut menerusi salah satu videonya TikTok, yang merupakan video pertama dibuat selepas memulakan perjalanan.

“Saya sudahpun melanjutkan perjalanan saya dari Bidor ke Tanah Suci Mekah. Perancangannya nak ikut highway, tapi faktor keselamatan ikut jalan lamalah,”

Herry turut memaklumkan beberapa bandar besar yang bakal menjadi destinasi persinggahannya seperti Ipoh, Taiping dan seterusnya.

Pada awal perjalanannya, lelaki tersebut ditemani oleh seorang sahabatnya yang bakal mengiringi perjalanannya sehingga ke Tapah.

“Buat peneman, tapi separuh jalan je lah. Bagi kuatkan semangat dia (Herry). Hari panas, cuaca panas,” ujar sahabatnya.

Dalam video yang sama, Herry menasihati orang ramai agar tidak m

@herrynizam4

♬ bunyi asal – Herrynizamshop – Herrynizamshop

Seterusnya, beliau mula mengemaskini keberadaannya menerusi hantaran TikTok dan difahamkan, beliau kini sudah berada di Sadao, Thailand.

Dalam hantarannya pada hari ini, Herry memaklumkan dirinya bakal meninggalkan Thailand dan menuju ke Myanmar tidak lama lagi.

Berdasarkan pengiraan Google Maps, perjalanan lelaki ini bakal memakan masa minimum 84 hari 10 jam. Beliau turut dijangka perlu merentasi perjalanan sejauh 10,161 kilometer sebelum tiba di Mekah.

Antara negara yang bakal dilaluinya sewaktu perjalanan ini termasuklah Thailand, Myanmar, India, Nepal, Pakistan, China, Kyrgyzstan, Kazakhstan, Uzbekistan, Iran, Emeriah Arab Bersatu (UAE), dan Arab Saudi.