Lelaki tunjuk cara halau kelekatu dengan mudah, hanya guna ‘flashlight’ telefon je

Lelaki tunjuk cara halau kelekatu dengan mudah, hanya guna ‘flashlight’ telefon je

Kalau tinggal di kampung mesti sudah biasa dengan kelekatu, yang sebenarnya merupakan salah satu tahap kitaran hidup bagi serangga anai-anai.

Sedikit informasi, anai-anai ini akan bertukar menjadi kelekatu dengan tujuan pembiakan, di mana kelekatu dengan bebas akan terbang mencari tempat untuk sarang baharu.

Perkara itu sekali gus menghasilkan banyak pembiakan baharu, jika mereka mula membuat sarang di tempat lain.

Bagi yang belum tahu, biasanya kelekatu akan muncul pada waktu malam, mengelilingi sumber cahaya seperti lampu, namun keadaan rumah akan menjadi semakin parah bila hujan mula berhenti.

Pada ketika itu jangan terkejut jika lihat rumah seperti terkena serangan kelekatu.

Terdapat pelbagai cara dan petua yang digunakan untuk menghilangkan serangga tersebut. Walaupun nampak mudah, tapi sebenarnya susah nak pastikan serangga itu hilang dalam sekelip mata.

Antara cara lama yang biasa digunakan ialah menadah besen air atau mengikat plastik pada lampu bagi memerangkap serangga tersebut.

Cara itu bukanlah tidak berkesan namun hasilnya agak kurang memuaskan kerana tidak semua serangga akan jatuh ke dalam besen yang disediakan itu.

Lenyapkan kelekatu dengan lampu suluh telefon bimbit

Bagaimanapun, terdapat satu cara unik yang mungkin boleh digunakan, seperti yang diajar oleh @ruharu_01 di TikTok.

Dalam rakaman tersebut, remaja itu memaparkan cara yang agak unik, iaitu menghalau kelekatu menggunakan telefon pintar.

Meskipun idea itu mendatangkan kemusykilan dalam kalangan orang ramai tetapi tidak salah untuk mencubanya di rumah.

Video berdurasi 28 saat itu menunjukkan lelaki tersebut memadamkan lampu mentol yang dihurungi kelekatu dan mula menghidupkan lampu suluh yang tersedia di telefon bimbit.

Tujuan lampu suluh itu dihidupkan supaya kelekatu yang mengelilingi lampu mentol itu berubah arah memandangkan mereka tertarik kepada cahaya yang bersinar.

Sekiranya hanya satu lampu sahaja yang dihidupkan maka kelekatu itu akan berubah arah dan mula mengikut lampu baharu yang dinyalakan.

Lelaki itu kemudiannya keluar dengan perlahan-lahan sambil memastikan kelekatu itu mengikut lampu suluh yang dihidupkan.

Dengan langkah berhati-hati, dia mula bergerak ke arah pagar dengan menunjukkan jalan kepada kelekatu itu.

Tidak lama selepas itu, kelekatu yang menghurungi lampu suluh di telefon bimbit mula membuat langkah baharu ke arah lampu jalan susulan cahaya tersebut lebih terang padanya.

Tindakan lelaki tersebut sekali gus menghilangkan kelekatu yang mengelilingi lampu mentol di halaman rumah.

Video itu kemudiannya mendapat perhatian ramai dan telah meraih kira-kira 3.6 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.

@ruharu_01

Pengendali Laron🧚🏻‍♀️ #fyp #fypシ

♬ End Title Theme (From “Avatar The Last Airbender”) – Geek Music