Lembaga Zakat akhirnya berjaya bongkar misteri warga emas tinggal di rumah usang tapi ada aset RM1.7 juta
Tular cerita tentang seorang warga emas yang dilaporkan tinggal di rumah usang, namun memiliki aset RM1.7 juta sehingga mengejutkan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).
Lembaga zakat negeri kemudian menjalankan siasatan sehingga akhirnya terbongkar bahawa wanita tua itu mempunyai hartanah yang dimiliki keluarganya.
Keluarga Rokhimah Ismail, 67 memiliki enam rumah dengan nilaian semasa hampir RM2 juta.
Selain itu, keluarga wanita itu juga mempunyai sebuah rumah yang masih tidak berpenghuni kerana dijadikan rumah sewa yang lengkap dengan bekalan elektrik dan air.
“Warga emas ini merupakan penerima bantuan zakat bulanan daripada pihak zakat
”Rokhimah atau dipanggil Mak Ngah tidak pernah berkahwin dan tidak mempunyai anak. Sebelum ini dia tinggal bersama saudara-maranya,” kata LZNK.
Sebelum ini tular seorang warga emas dikatakan terabai dan tinggal seorang diri di sebuah rumah usang di Alor Setar.
Bagaimanapun katanya Mak Ngah Rokhimah mengambil keputusan untuk tinggal semula di rumah usang bersebelahan rumah milik keluarga berkenaan.
”LZNK cuba memujuk warga emas itu supaya berpindah ke rumah lain milik keluarganya namun dia menolak,” katanya.
Malah perkara itu juga diakui seorang anak saudara Rokhimah yang dikenali sebagai Shariman.
”Kami sudah cuba memujuk Mak Ngah untuk tinggal di rumah lain milik keluarga tetapi Mak Ngah berkeras nak tinggal di situ (rumah usang).
”Saya bagi pihak keluarga memohon supaya orang ramai tidak salah sangka dengan berita yang diviralkan di media sosial kerana sedikit sebanyak ia memberi kesan kepada imej kami sekeluarga,” katanya.
LZNK juga menjelaskan pihaknya turut menawarkan warga emas tersebut tinggal di sebuah pondok pengajian yang berada di bawah seliaan lembaga itu yang lengkap dengan kemudahan asas.
Namun malangnya warga emas terbabit menolak tawaran tersebut.
Rokhimah merupakan penerima bantuan kewangan LZNK secara bulanan sebanyak RM200 bermula sejak 2018 sehingga 2020.
Selain itu dia juga pernah menerima bantuan kewangan zakat sekaligus sebanyak RM300 pada Disember tahun lepas.
Menurut anak saudaranya Rokhimah turut menerima bantuan ‘Food Bank’ melalui Penolong Amil dan Imam Kariah Masjid.
Di samping itu Bantuan Warga Emas daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah sebanyak RM500 sebulan.