Lepas akad nikah, suami bisik sesuatu, terkejut ada wanita lain tunggu di luar pejabat kadi, rupanya…

Lepas akad nikah, suami bisik sesuatu, terkejut ada wanita lain tunggu di luar pejabat kadi, rupanya…

 

Harini, setelah berminggu fikir masak masak, dan setelah berbulan makan hati, saya telah buat keputusan fail cerrai terhadap suami saya, Kai.

Saya hanya nak luah yang saya lega. Walaupun saya sangat sedih, sangat terluka, sangat lama kecewa memendam rasa.

Saya sangat lega selepas pihak suami akhirnya reply whatsapp saya, walaupun hanya tulis ‘terima kasih.

Saya buat keputusan ni, selepas berbincang dengan ramai pihak – kawan, kaunselor, keluarga.

Ada yang kata, saya patut tahan sabar, dan ada yang kata, lepaskan, jangan pentingkan diri dan jadi punca pihak suami tak bahagia. Lama sangat fikiran saya terganggu dengan perkataan perampas.

Ya, saya la perampas tu, perampas kebahagiaan orang yang saya nak jadikan milik saya sepenuhnya (suami).

Harini saya nak cerita, kenapa saya gelar diri saya perampas. Mungkin ada pihak yang baca tulisan saya ni beranggapan lain dari saya.

Saya kenal Kai (suami) tahun 2018. Masa tu, saya hanya kenal dia sekadar ‘nampak’ dia bawa/teman mak (mentua saya) pergi beli barang dapur.

Masa ni, mama (ibu saya) terjumpa kawan baik dia masa sekolah dulu (mak). Sembang mengopi kejap, saya terasa nak kenal Kai.

Cuma masa ni, Kai busy main phone je. Selepas kejadian ni, saya hanya tanya mama serba sikit pasal keluarga mak, dan mama paling suka cerita pasal Kai pada saya. Saya fikir, boleh onz ni.

Cerita tentang keluarga Kai hilang dari radar sehinggalah tahun 2020,

Mama kata, kawan baik dia mengadu anak lelaki sulungnya nak kahwin dengan janda (Alia) tapi dia tak setuju.

Jadi Kai tak nak kerja dengan company diorang dan decide untuk kerja di Johor, bawa diri.

Masa c0vid ni, ramai pekerja company diorang balik negara asal. Mak paksa Kai balik KL, mak kata, ada orang masuk meminang.

Ya, saya lah yang masuk meminang tu.

Awal tahun 2021, kami pun kahwin, atas desakan keluarga kami. Saya rasa saya lah paling beruntung dapat kahwin dengan orang ado ado, orang kata, ngam la kahwin dengan ‘sekufu’.

Kai pun sangat sangat baik, soft spoken, penyabar dan tak pernah marah marah. Dari apa yang saya nampak, dia pun orang yang kelakar.

Cumanya, banyak pasal dia saya tak tahu. Dan kami tak bercakap atau bersembang pun sebelum kahwin. Hanya sekadar tanya borang dah ready itu ini je.

Sampailah selepas akad, Kai kata dekat saya, ‘maaf, saya tak kenal awak. Hati saya dah ada orang lain. Awak boleh buat apa awak nak, cuma tak perlu ada saya dan jangan ganggu hidup saya’.

Saya terkejut dan tak faham, apa maksud dia?

Dia kenalkan Alia selepas kami nikah. Alia tunggu kami di luar pejabat nikah tu, mata bengkak betul. Perkataan yang Alia sebut hanyalah tahniah, semoga bahagia.

Dia senyum lepastu balik. Tak ada sembang apa pun. Lama lepas tu, Saya korek cerita dari along (ipar saya).

Along kata, Alia orang yang Kai sayang sangat, berkali kali minta nak kahwin dengan Alia tapi mak tak setuju.

Mak tak suka sebab Alia janda, sakit mental (Alia ditinggal tergantung tak bertali 4 bulan selepas kena abvsed sangat teruk oleh bekas suami dia, Alia dah cerrai tahun 2018),

Alia tak boleh beranak, Alia tua dari Kai 4 tahun, keluarga Alia bukan orang berduit, banyak lah yang mak tak setuju.

Along kata, masa Kai student asyik main game dulu, dia jumpa Alia dalam game.

Alia jenis tak kawan dengan orang, tapi Alia banyak tegur Kai berubah la sebab bukan semua orang ada privilege macam Kai, boleh sambung belajar senang senang, keluarga tampung yuran semua, tapi Kai bazir bazir.

Alia banyak sangat tolong Kai berubah. Dari merkok ke tak merkok, dari tak peduli pasal keluarga sampaikan rajin teman mak pergi beli barang dapur, dari tak masuk dapur sampai boleh masak sendiri semua sebab Alia semangat encourage Kai untuk jadi manusia yang elok.

Alia dengan keluarga Kai baik je, tak ada apa apa problem pun. Ipar saya memang suka dekat Alia sebab Alia berdikari. Bawa diri pergi mana mana memang orang suka. Cumanya, Alia tak bertuah macam saya.

Dari Awal kahwin sampai sekarang, saya dah cuba macam macam cara nak mengorat suami saya.

Cuma suami saya tak tunjuk apa apa reaksi bila dekat rumah, whatsapp hanya seen, makan pun tak usik saya masak. Solat sendiri sendiri. Cakap bila perlu, sentuh pun tak walaupun salam.

Bila dengan orang lain, saya nampak ‘Kai’, berbeza betul bila dengan saya. Kami tak tinggal di rumah Kai, Kai kata dia tak suka. Rumah tu dia beli untuk hidup dengan Alia.

Setahun kahwin ni kami duduk di rumah mak, kami hanya salam bila raya dan bila perlu je. Sepanjang setahun kahwin, saya tak pernah baring pun sebelah Suami.

Setahun saya memendam rasa, hingga raya haritu saya nampak phone suami. Alia ada ucap hari raya, lepastu Alia block suami.

Saya laju laju baca chat diorang, suami setiap hari text Alia, pagi sampai malam, buat apa etc, walaupun Alia block dia dah berbulan bulan.

Ya, suami text Alia setiap hari tanpa gagal walaupun diblock. Satu pun tak delivered.

Saya sedih dan sangat sangat kecewa, bukan sebab saya rasa suami curang, tapi sebab saya rasa saya telah rampas kehidupan suami, rampas bahagia yang diorang bina dari tak ada apa apa.

Jadi selepas bincang dengan keluarga, ipar saya setuju untuk saya lepaskan Kai. Alhamdulillah keluarga sangat memahami.

Untuk Alia, saya minta maaf. Apa lah yang awak rasa bila saya rampas Kai dari awak. Saya minta maaf. Saya faham bukan mudah awak nak bangun dan terima Kai dari dulu, dan dalam keadaan awak.

Saya minta maaf jadi punca awak menangis tengok orang yang awak harapkan untuk pegang tangan awak, kena rampas. Saya buat keputusan ni supaya semua orang boleh bahagia.

Saya pun patut cari kehidupan bahagia saya, bukan membazir masa cuba ambil hati yang tak ada nama saya.

Kalau Alia baca ni, saya minta maaf sekali lagi. Saya harap kita boleh meet up and get coffee sebab saya akan join Alia jadi geng janda letops ni, hehe.

And, terima kasih Alia, sebab berjaya buat Kai jadi lelaki sebaik sekarang. Jadi manusia yang pentingkan dan dahulukan orang keliling dia, compared to dia yang Wana ‘nampak’ dulu.