Lepas ‘main’, baling kondom luar tingkap! Penghuni rumah bawah luah geram kena kutip, jijik tengok kesan warna coklat & berbau

Lepas ‘main’, baling kondom luar tingkap! Penghuni rumah bawah luah geram kena kutip, jijik tengok kesan warna coklat & berbau

 

Aspek kebersihan seperti sampah sarap mahupun perabot terpakai sering menjadi isu utama di kediaman bertingkat sama ada kondominium, pangsapuri mahupun rumah flat.

Namun pendedahan terkini seorang wanita di laman sosial membuatkan warga maya berasa geli berikutan dia menjumpai kondom terpakai terselit di celah daun pokok ajinomoto (betik Jepun) miliknya.

Berjaya mengambil dan membuang kondom tersebut daripada pokok, wanita terbabit memaklumkan terdapat bau yang kurang enak selain warnanya yang sedikit keperangan.

Ciapan asal yang dibuat wanita terbabit.

Ciapan asal yang dibuat wanita terbabit.

Mengakui pokok tersebut ditanam untuk dijadikan ulam-ulaman, dia mengambil keputusan untuk menyembur air yang banyak bagi menghilangkan kesan yang tertinggal.

“Jangan la buang kondom dekat tingkap kalau hidup di kondominium atau apartment.

“Jatuh atas pokok ni… aku boleh nak godek-godek bagi masuk plastik tanpa guna tangan.

“Tapi kalau jatuh atas kompresor pendingin hawa, siapa nak kutip?” luahnya menerusi Twitter.

Bukan itu sahaja, wanita terbabit turut menyatakan dia sering mengutip tisu yang dibuang oleh penghuni aras atas kediamannya.

Sorry kalau jiran atas I gay, you might be wrong sebab I tak tahu jiran yang mana satu.

Paling menggelikan ada sisa ari mani tumpah kat celah cover meter dengan tempat ganggang.

“Sekarang tengah fikir pasal tisu-tisu I kutip selama ni yang jatuh dekat kompresor,” ciapnya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan warga maya meninggalkan reaksi kurang senang.

Paling mengejutkan apabila ramai juga yang mengakui situasi tersebut merupakan fenomena biasa di kediaman bertingkat.

Warga maya meninggalkan pelbagai reaksi di ruangan komen.

Warga maya meninggalkan pelbagai reaksi di ruangan komen.

“Pernah juga duduk apartment, parkir motosikal di luar dekat dengan rumah… pagi nak pergi kerja, kondom jatuh betul-betul atas meter motosikal.

“Paling menggelikan ada sisa air mani tumpah kat celah cover meter dengan tempat ganggang.

“Baru kena haritu, elok landing depan tingkap. Terus aku tolak jatuh kat tingkap rumah bawah… dah masuk tiga bulan masih kat situ.

Seorang pelayar Twitter turut menyatakan pernah berhadapan situasi sama.

Seorang pelayar Twitter turut menyatakan pernah berhadapan situasi sama.

“Area rumah aku pun ada kondom terbuang macam ni, aku tak tahu duduk area perumahan atau pelacuran.

“Dulu aku pernah duduk apartment, dua kali kondom melekat atas cermin kereta,” ujar beberapa warga maya.