Lepas sakan sindir Puteri Sarah, akaun Twitter kakak Ira Kazar terus lesap

Lepas sakan sindir Puteri Sarah, akaun Twitter kakak Ira Kazar terus lesap

 

Pagi tadi, Puteri Sarah Liyana telah pun dilihat datang ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur seperti mana yang dijanjikannya sebelum ini untuk secara rasmi memfailkan perpisahan ke atas suaminya, Syamsul Yusof. Sejak pengakuan pengarah terkenal tersebut tentang perkahwinan kedua di daerah Selatan Thailand, si isteri baru pula dilihat tidak keluarkan sebarang kenyataan.

Hell with you semua nak share kat masyarakat pastu lalu kat timeline aku

Walau bagaimanapun semalam cukup kecoh apabila salah seorang anak kepada pelakon Kazar yang juga kakak kepada Ira dilihat membuat kenyataan berbaur sindiran ke atas Puteri Sarah. Wanita yang dikenali sebagai Yasmin tersebut telah mempersoalkan tindakan aktres berkenaan yang kerap memuat naik status ataupun posting di Instagram mengenai hal rumah tangga.

Kinda hilarious bila kau siap pinned fitnah dari fake account

Eh dah lesap ke account kakak Ira Kazar ni? Mana pergi? Baru nak stalk tweet

Bukan itu sahaja, Yasmin juga telah sifatkan tindakan Puteri Sarah dalam kendalikan hal berkenaan sebagai lucu serta fake sebelum akhirnya menerima pelbagai kecaman daripada orang ramai. Ketika membuat carian semula, didapati akaun yang sebelum ini lantang memerli isteri pertama kepada Syamsul berkenaan sudah pun lesap terus.

Instagram, Twitter semua dah gone, hahaha sibuk lagi

Gambar kakak kepada Ira Kazar

Respect dengan family Sarah, sorang pun tak keluarkan apa-apa statement

Berhubung kejadian tersebut, ramai memuji ahli keluarga di sebelah Sarah yang sedari awal sama sekali tidak pernah muncul untuk membuat sebarang kenyataan berbalas. Meskipun anak perempuan mereka adalah individu paling terkesan, namun tindakan itu dianggap bijak kerana jika tidak boleh keruhkan lagi keadaan.

Ahli keluarga sarah tak pernah keluar statement