Lesen restoran anjur ‘Thai Hot Guy’ tamat tempoh, permit hiburan pun tiada

Lesen restoran anjur ‘Thai Hot Guy’ tamat tempoh, permit hiburan pun tiada

Hari ini, kecoh di media sosial mengenai sebuah acara pembukaan rasmi sebuah bar yang terletak di Kuala Lumpur yang bakal menampilkan persembahan sekumpulan pelayan lelaki berbadan sasa.

Apa yang mengundang amarah dan keresahan ramai adalah pihak bar berkenaan menjemput pelayan lelaki dari Thailand (Thai Hot Guy) yang cukup terkenal dengan gimik berpakaian dalam wanita sambil melayan pengunjung.

Susulan itu, Pejabat Setiausaha Politik Perdana Menteri , Azman Abdidin menerima laporan mengenai acara berkenaan yang baal diadakan pada 30 Mac ini di sebuah bar di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

“Pihak kami mendapati acara hiburan berkenaan bakal menampilkan persembahan pelayan lelaki berbadan sasa dari Thailand yang berpakaian wanita dikenali sebagai Thai Hot Guy, sebagai tarikan utamanya.
“Justeru, hasil siasatan awal daripada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), mendapati bahawa premis tersebut adalah dilesenkan sebagai restoran kepada syarikat Beijing 9 Sdn Bhd,” katanya.

Lesen restoran dah ‘expired’, premit hiburan pun tak ada!

Bagaimanapun, hasil siasatan mendapati lesen restoran berkenaan sudah tamat tempoh pada 4 Februari 2021, selain tiada sebarang permohonan lesen hiburan.

“Selain itu, premis tersebut juga tidak mempunyai lesen hiburan dan juga tiada sebarang permohonan lesen hiburan atau permohonan untuk menjalankan aktiviti hiburan.
“DBKL juga dalam proses semakan untuk mengambil tindakan penguatkuasaan sekiranya terdapat sebarang pelanggaran peraturan dan syarat-syarat oleh penganjur,” katanya lagi.

Terdahulu, bukan orang ramai sahaja merungut dan membantah mengenai penganjuran acara tersebut, bahkan parti PAS serta beberapa selebriti tempatan seperti Caprice.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan berkata, acara berkenaan disifatkan sebagai keterlaluan, tidak sensitif dan menjijikkan.

Malah, acara berkenaan jelas berlawanan dengan budaya tempatan dan tidak sensitif kepada kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan selain diadakan pada bulan Ramadan.