“Letak barang penting di belakang” – 10 tip elakkan terlupa anak dalam kereta

“Letak barang penting di belakang” – 10 tip elakkan terlupa anak dalam kereta

Semalam, negara kita digemparkan lagi dengan kes seorang bayi yang meninggal dunia selepas 10 ditinggalkan secara tidak sengaja oleh ibunya di dalam kereta di parkir kenderaan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM, Cheras.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku selepas ibu mangsa yang berusia lapan bulan itu menyangkakan anaknya itu telah dihantar ke taska sebelum ke tempat kerja.

Tiada sesiapa yang mahukan kejadian seperti ini terjadi kepada anak-anak mereka, jadi sama-samalah kita semua mengambil iktibar dari kejadian ini.

2 1

Doktor Kamarul Ariffin Nor Sadan menerusi Twitter berkongsikan 10 cara untuk mengelakkan masalah terlupa anak di dalam kereta daripada terjadi. Jom kita tengok satu-persatu cara-cara tersebut.

#1 Letakkan barang anak seperti diaper bag di kerusi depan sebelah pemandu 

Sentiasa letak beg anak anda di kerusi bahagian hadapan iaitu di sebelah pemandu untuk memudahkan anda ingat bahawa anda membawa anak anda bersama sebelum mengunci pintu kereta.

Ini kerana selalunya beg tangan atau beg kerja juga diletakkan di kerusi yang sama, jadi apabila anda mahu bawa keluar beg anda ketika sampai di tempat kerja, anda akan ingat bahawa anak masih lagi ada di dalam kereta apabila melihat begnya.

#2 Pasang label atau pelekat ‘Baby on Board’ pada cermin kereta 

Pemasangan label ini memudahkan anda ingat tentang anak atau bayi anda walaupun pintu kereta telah dikunci.

Nak lebih mudah, boleh letak label tersebut di cermin pintu kiri dan kanan kereta serta cermin belakang kereta.

3

#3 Guna ciri Child Reminder di aplikasi Waze 

Tak dinafikan dengan kehidupan ibu bapa yang bekerja memang sibuk, jadi kadang-kala memang akan ada benda yang kita terlupa.

Namun, dengan aturan Child Reminder yang ada pada aplikasi Waze, Insya-Allah kejadian yang tidak diingini dapat dielakkan.

#4 Letakkan barang penting seperti beg komputer riba di kerusi belakang 

Memandangkan car seat bayi selalunya diletakkan di bahagian belakang, anda juga disarankan untuk meletakkan barang-barang penting yang dibawa bersama ke tempat kerja seperti kunci pejabat, kasut kerja atau tag kerja di sebelah anak anda.

#5 Elakkan dari meletakkan kerusi keselamatan kanak-kanak (car seat) di belakang kerusi pemandu 

Ini kerana posisi tersebut merupakan titik buta, sebaliknya letakkan car seat bayi di belakang tempat duduk penumpang supaya mudah untuk dilihat.

1 1

#6 Pastikan anda pesan kepada cikgu sekolah atau pengasuh untuk menelefon anda atau waris terdekat jika anak tidak sampai di sekolah atau tempat asuhan pada waktu yang telah ditetapkan 

#7 Manfaatkan teknologi seperti aplikasi dan peranti pintar untuk mengingatkan anda tentang anak di dalam kereta 

Antara aplikasi yang boleh membantu ibu bapa untuk mengingatkan mereka bahawa anak ada di dalam kereta ketika sampai ke destinasi ialah Kars 4 Kids Safety dan ChildMinder SoftClip.

#8 Jadikan pemeriksaan kabin kereta sebagai amalan sebelum kenderaan dikunci 

Periksa sekeliling kereta anda termasuklah bahagian kerusi penumpang belakang sebelum anda meninggalkan kereta.

#9 Letak patung atau teddy bear di kerusi penumpang sebelah pemandu 

Patung mainan tersebut adalah sebagai indikator bahawa anak anda ada bersama di dalam kereta.

Disarankan untuk pilih teddy bear yang besar dan terang supaya mudah untuk dilihat walaupun dari jauh.

#10 Buka pintu belakang setiap kali anda keluar dari kereta

Seperti cara nombor 8, jadikan juga perkara ini sebagai rutin anda setiap kali memandu kereta.