LGE disoal siasat, PN ulangi cara BN menekan pembangkang

LGE disoal siasat, PN ulangi cara BN menekan pembangkang

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng disoal siasat selama satu jam di balai polis daerah Timur Laut, Pulau Pinang pagi ini berhubung kenyataan bersama Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) pada 12 Januari, yang menolak hujah kerajaan semasa mengisytiharkan darurat di seluruh negara.

Peguam Lim, RSN Rayer, berkata, Ahli Parlimen Bagan itu memberikan kerjasama sepenuhnya semasa yang dijalankan menurut Seksyen 505 (B) Kanun Keseksaan ksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, berhubung mendatangkan khianat awam.

“Kami telah memberikan kerjasama kepada polisi berhubung siasatan ke atas kenyataan Majlis Presiden Harapan pada 12 Januari,” kata anggota parlimen Jelutong itu kepada wartawan di Pulau Pinang.

Seksyen 505 (b) merujuk terhadap individu yang membuat, menerbit atau mengedadarkan apa-apa kenyataan, khabar angin atau berita dengan niat hendak menyebabkan, atau yang mungkin menyebabkan, ketakutan atau kegentaran awam.

Sementara Seksyen 233 pula merujuk kepada penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Rayer turut mengucapkan terima kasih kepada polis kerana menjalankan tugas mereka untuk menyiasat.

“Saya juga berharap polis akan menyiasat laporan pemimpin pembangkang Perak, Abdul Aziz Bari ke atas menteri undang-undang, Takiyuddin Hassan yang mengingkari titah Yang di-Pertuan Agong, bahawa parlimen boleh bersidang semasa keadaan darurat,” katanya.

Kenyataan Majlis Presiden PH itu ditandatangani bersama oleh Lim, Presiden PKR Anwar Ibrahim dan Presiden Amanah Mohamad Sabu.

Anwar dilaporkan telah merakam pernyataannya pada 26 Februari, sementara Rayer berkata Mohamad pula akan disoal siasat di Kuala Lumpur esok.

Dalam kenyataan Majlis Presiden PH itu, mereka menolak rasional serta alasan-alasan yang telah diberikan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bahawa kononnya kuasa-kuasa darurat diperlukan untuk menyelamatkan Malaysia dari Covid-19.

Menurut mereka, bahawa undang-undang sedia ada, termasuk pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah diumumkan adalah mencukupi untuk mengumpul segala sumber dan kekuatan bagi mengatasi wabak ituu.

Sebaliknya, pemimpin kanan PH itu mendakwa Muhyiddin mengusulkan darurat ketika dia kehilangan sokongan majoriti anggota parlimen, demi menyelamatkan diri sendiri, secara tidak sah dan menghalang pilihan raya daripada dapat diadakan. – MK