Lofa makin tertekan, Fattzura kalahkannya menjadi Wanita Melayu Paling Cantik pilihan netizen

Lofa makin tertekan, Fattzura kalahkannya menjadi Wanita Melayu Paling Cantik pilihan netizen

Baru-baru ini, pelakon Nur Fazura ada memuat IG Live bagi mempromosikan produk kecantikan keluarannya. Tampil simple dengan kemeja dan selendang hitam, rata-rata netizen terpegun dengan kecantikannya itu.

Malah, di laman Twitter tular video Fazura bercakap di IG Live tersebut. Meskipun mengetahui pelakon itu sememangnya cantik, namun rata-rata mereka tidak berhenti memuji kecantikan semula jadi Fazura.

Kata netizen lagi, Fazura tetap kelihatan muda meskipun usianya sudah mencecah 37 tahun. Tidak kurang juga ada yang mengatakan tidak perlu darah campuran, Fazura merupakan wanita Melayu paling cantik di Malaysia.

Dalam pada itu netizen berkata suaminya, Fattah Amin sangat bertuah kerana memiliki isteri secantik Fazura. Kata netizen lagi, wajah Fazura sejuk mata memandang dan tetap cantik walaupun tiada solekan. – RTKY