Lucu!!! Wan Junaidi kata Ismail kata Agong perkenan tak buat undi percaya

Lucu!!! Wan Junaidi kata Ismail kata Agong perkenan tak buat undi percaya

Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan agar undi percaya tidak dilaksanakan terhadap Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob di Parlimen, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

“Perlembagaan Persekutuan telah beri kuasa besar kepada Agong untuk lantik perdana menteri yang diyakininya mempunyai sokongan majoriti dan ketika itu, 114 ahli parlimen meyokong (Ismail Sabri).

“Ini bukan anggapan lagi, (ahli parlimen) memang mengadap Agong (untuk menyatakan sokongan). Jadi dalam maa singkat, saya tidak lihat mereka mengubah pendirian.

“Jika tempoh masa enam atau tujuh bulan, mungkin ada yang ubah fikiran. Jadi berdasarkan ini, Agong berkenan undi percaya tak perlu diadakan,” katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Ditanya bagaimana dia tahu tentang keputusan Agong itu, Wan Juanidi berkata perkara itu dimaklumkan oleh Ismail Sabri.

“Macam mana saya tahu? Perdana menteri yang beritahu saya ketika mesyuarat kabinet pertama,” katanya.

Yang di-Pertuan Agong sebelum ini secara terbuka menitahkan agar undi percaya diadakan terhadap perdana menteri baru di Parlimen.

Tiada kenyataan umum dibuat berhubung perubahan keputusan itu.

Sumber – Malaysiakini