“M****** D**** yang dipuji indah rupa, kaulah asbab…” – Anak pelakon popular didakwa sondol suami orang, kantoi check-in di hotel?
Tular di media sosial sejak semalam apabila seorang individu di aplikasi X mendedahkan bahawa dia dan suami telah bercerai gara-gara kehadiran orang ketiga.
Difahamkan, orang ketiga berkenaan adalah anak kepada pasangan selebriti popular yang aktif di media sosial Instagram.
Menurut individu itu, rumah tangga yang dibina selama 3 tahun dan hancur musnah dan apa yang lebih menyedihkan adalah apabila pasangan tersebut turut mempunyai dua orang anak hasil perkongsian hidup.
Dakwanya, orang ketiga itu merupakan anak kepada pasangan pelakon popular satu ketika dahulu. Dia meluahkan rasa sedih kerana dua orang anaknya kehilangan kasih sayang seorang bapa disebabkan perempuan itu.
Dakwanya lagi, sebelum bercerai dia sudah memberikan tiga peluang mengharapkan suami berubah. Tetapi Allah SWT menggerakkan hatinya untuk memeriksa emel suami.
Dia mendakwa melihat resit menunjukkan tempahan penginapan di sebuah studio suite terletak di Bukit Bintang di atas nama orang ketiga itu.
Wanita ini mendakwa, anak pelakon yang baru berusia 18 tahun ini pernah berjanji tak akan mengganggu suaminya lagi namun janji dimungkiri.
Dia menggambarkan anak pelakon itu sering dipuji cantik paras rupa, sopan santun dan datang daripada keluarga harmoni di mana ibu bapanya berkawan baik biarpun sudah bercerai.